Friday, May 27, 2011

Wakil BN: Jika tak bayar, mereka tak keluar undi

joseph mauh ikeh tamin mp 270511
ADUN Tamin, Joseph Mauh Ikeh menafikan dakwaan berlakunya pembelian undi semasa pilihan raya negeri Sarawak April lalu.


Jelas beliau, bayaran yang diberi kepada pengundi itu adalah sebagai 'elaun pengangkutan' dan sekiranya tidak diberi penduduk tidak akan keluar mengundi.



Selain elaun pengangkutan, sesetengah pengundi juga dibayar bagi kerja-kerja seperti pemasangan poster kata Joseph yang juga adalah naib presiden Parti Rakyat Sarawak.

"Ini perkara biasa. Ini bukan membeli undi. Kita bayar pengundi supaya mereka boleh membeli petrol kerana mereka keluar mengundi atas perbelanjaan sendiri, jika tidak mereka tidak akan keluar mengundi,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Jika tidak bayar wang, tidak ada orang yang akan keluar mengundi, jadi siapa yang akan dipilih sebagai YB (ADUN)?" soal wakil BN itu.

Kenyataannya itu merujuk kepada kenyataan Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net) semalam yang mendakwa pembelian undi berleluasa sepanjang tempoh berkempen.

Penyelaras MEO-Net Ong Boon Keong pada sidang akhbarnya berkata wang tunai RM50 dibayar pada 14 April, dua hari sebelum hari mengundi.MK


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular