Saturday, May 28, 2011

PERKASA tuntut lebih biasiswa untuk Melayu


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), tetap bertegas supaya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyalurkan biasiswa pada nisbah 67:33, mengikut nisbah jumlah penduduk bumiputera dan bukan bumiputera.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan pengagihan biasiswa berkenaan dilihat adil.

"Adil bukan bermaksud kesamarataan, tapi dalam maksud mengikut keutamaan," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.
NONE

Nisbah agihan biasiswa kepada masyarakat bumiputera berbanding bukan bumiputera pada masa ini berada pada kadar 55:45, kata Ibrahim.

Katanya lagi, nisbah berkenaan perlu diubah memandangkan kumpulan bumiputera semakin kurang mendapat biasiswa JPA.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar segelintir pemimpin parti komponen BN yang didakwa sengaja mempolitikkan isu biasiswa.

Tanpa menamakan pemimpin berkenaan, Ibrahim berkata tindakan itulah yang menyebabkan BN semakin lemah kerana kehilangan sokongan daripada pengundi bukan bumiputera.

Sedangkan, kumpulan Melayu yang tidak mendapat biasiswa tetap menyokong BN, katanya lagi.

Terdahulu, beliau bersama beberapa pemimpin kanan PERKASA mengadakan pertemuan bersama anggota pentadbiran JPA berhubung isu berkenaan.

Dalam pertemuan itu, Ibrahim berkata, beliau telah menyerahkan surat tuntutan PERKASA kepada ketua pengarah JPA berhubung isu pengagihan biasiswa yang mencetuskan kontroversi. - MK


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular