Friday, May 27, 2011

Polis Sudah Panggil Pelaku Video Seks Sebenar Untuk Siasatan


Pelaku video seks disiasat


KUALA LUMPUR - Polis semalam mengesahkan pihaknya menyiasat pelaku di dalam rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.



Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai skop siasatan pelaku dalam video seks tersebut termasuk identiti pelakunya itu.



"Memang kita siasat (pelaku) sebab kita sudah kenal pasti dia," kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.



Menurut beliau, kertas siasatan yang lengkap berhubung kes rakaman video seks telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara pada minggu lalu dan menunggu maklum balas daripada jabatan itu untuk tindakan selanjutnya.



Difahamkan, kertas siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah itu sebelum ini pernah dipulangkan semula oleh Peguam Negara sebanyak dua kali kepada polis untuk siasatan semula.


Pada 1 April lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks berdurasi selama 22 minit bermula pukul 10.23 malam, 21 Februari lalu adalah rakaman tulen selepas disahkan oleh pakar. -kosmo
Pelaku video seks sudah dipanggil


KUALA LUMPUR 26 Mei – Polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video seks didakwa membabitkan pemimpin parti pembangkang yang pertama kali didedahkan pada 21 Mac lalu.



Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar juga mengakui, pihaknya telah memanggil pelaku terbabit untuk membantu siasatan namun enggan mengulas lanjut tentang perkara itu.


Beliau juga enggan mendedahkan siapa pelaku tersebut.


“Seperti yang diberitahu Ketua Polis, Tan Sri Ismail Omar baru-baru-baru ini, kita telah kenal pasti dan sedang menyiasat. Itu termasuklah memanggil dia bagi membantu penyiasatan,” katanya.


Bagaimanapun, Khalid memberitahu, tindakan lanjut tidak dilakukan kerana tiada sebarang maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara setakat ini.


“Kita menanti keputusan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan terhadap pelaku dan juga mereka yang mendedahkan video itu,” jelasnya. -UM
“Tetapi, identiti si pelaku itu hanya akan didedahkan apabila kes itu dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat dan sebelum ini pun, kita sudah menyatakan identitinya sudah dikenal pasti,” - MyMetro


Ulasan



Ini bererti bahawa pelaku berkenaan telah diketahui dan telah dipanggil. Jika Anwar tidak dipanggil semalam bererti beliau bukan pelaku sepertimana yang disebut-sebut dan diharap-harapkan oleh pihak yang menuduhnya.


Dan keseluruhan episod video seks itu sudah tidak lagi ada kena-mengena dengan Anwar. - GB

Respon :



  • Nuurul Basar Mohd Baki Kasi panas pdrm kan tolong tambah gosip
    Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
    about an hour ago via  · 
  • AxZza AzZxs 
    pada sayalah statement polis tu sebenarnya ditujukan pada DSAI...sebab kalau kita faham balik maksudnya pelaku sudah dipanggil....ingat tak dsai pernah dipanggil...ini semua strategi polis dan umno aje nak mengelirukan org ramai.....permainan minda...kita tengok je cara video ini diuruskan dari mula lagi dah nampak satu tangan ghaib yg mengarahkan bagaimana nak buat benda ni...walaupun banyak kepincangan dari sudut kesahihan video tu, cara didedahkan tapi kita boleh nampak targetnya DSAI.....samalah juga dgn dna dijubo sayfool.....sikit punya banyak dna tapi targetnya lelaki Y.....tak nampak lagi.....manok ni kalau biat job ada bongok sikit nak menipu tak tak pandai nak menipu...semuanya kantoi...
    10 minutes ago ·  ·  1 person

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular