Friday, May 27, 2011

Seks Ahli Parlimen : KENAPA POLIS TUTUP KES YUSOF MAHAL?


KETUA Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat Semporna, Azizul @ Ajijul Sanarul, mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan kenapa polis tidak menjalankan siasatan terhadap laporan polis yang beliau buat pada 2008 berhubung Skandal Seks Ahli Parlimen Labuan berdasarkan pendedahan Malaysia-Today.net.
Menurut Azizul, beliau membuat laporan polis pada 30 Julai 2008 di Balai Polis Semporna, namun sehingga kini beliau tidak dimaklumkan keputusan siasatan polis berhubung laporan yang beliau buat dan dipercayai polis telah menutup kes berkenaan.

Sehubungan itu, Azizul menggesa Tan Sri Ismail membuka semula laporan polis beliau, SED/RPT/3502/08 yang menyatakan bahawa;

“Pada Lebih kurang jam 4.00 petang, saya terbaca laporan laman web Malaysia-Today.net di sebuah kafe siber bertajuk 'Skandal Seks Ahli Parlimen Labuan'. Saya membuat laporan ini supaya polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Labuan mengambil tindakan di bawa undang-undang jenayah terhadap Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yusof Mahal kerana bersekedudukan dengan Norazlina saplee sejak tujuh tahun lalu dan bersubahat melakukan pengguguran haram.

“Memandangkan kes ini adalah kes jenayah, maka demi menjaga maruah UMNO yang semakin tercalar ekoran tindakan pemimpin yang tidak Islamik dan khianat kepada bangsa sendiri, maka saya menggesa agar siasatan menyeluruh diadakan segera,” kata Azizul yang percaya Skandal Seks berkenaan masih berlaku sehingga kini.

Berikut ialah Risalah yang diedarkan oleh Cawangan Tampi-Tampi Darat untuk ahlinya dan diserahkan sesalinan kepada Sabahkini.net untuk dipaparkan kepada umum bagi memberi pengajaran kepada semua pihak agar menghindarkan diri daripada sebarang skandal yang memalukan Negara.
(Sila Klik Imej Untuk Lebih Jelas)










sabahkini


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular