Monday, May 23, 2011

Tugas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat SIASAT je !!!!!


Bukan semua penghuni rumah anak yatim At-Taqwa adalah anak yatim

22/05/2011 5:38pm
PEKAN 22 Mei — Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, bukan semua penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat, lokasi kejadian tanah runtuh semalam yang meragut 16 nyawa, adalah anak yatim.


Katanya, berdasarkan lawatannya ke lokasi kejadian runtuhan itu semalam, beliau mendapati rumah itu turut beroperasi sebagai tempat pengajian tahfiz dan kem motivasi.
Siasatan awal kementerian mendapati pusat berkenaan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita UMNO Bahagian Pekan di sini hari ini.
Sehubungan itu, Shahrizat berkata, beliau telah meminta kementerian dan agensi terlibat seperti Kementerian Pelajaran, JKM, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan siasatan segera untuk mengetahui status rumah terbabit dan kebajikan penghuni-penghuninya. – BH


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular