Friday, April 22, 2011

Kerete Bertembung Lori, 4 Maut..


PEKAN 22 April - Empat sekeluarga yang sedang dalam perjalanan untuk meraikan hari lahir datuk mereka yang ke-81 berakhir tragedi apabila kesemua mereka maut selepas kenderaan mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori treler di KM63 Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, awal pagi tadi.

Kesemua mangsa dikenali sebagai Diong Kah Keng, 24 serta isterinya, Koh Kiah Hui, 23; adiknya Diong Kah How, 21 dan seorang saudara mereka, Choi Kok Sin, 23.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata, ketika kejadian pada 4.50 pagi tadi, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Kah Keng sedang berkonvoi bersama dua lagi kereta ke Kuantan untuk meraikan hari lahir datuk Kah Keng.
Bagaimanapun, katanya setiba di tempat kejadian, kenderaan tersebut melanggar bahagian kanan lori treler yang dipercayai terkeluar daripada laluannya. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular