Sunday, April 24, 2011

Bakal jadi pejuang bangsa??

gambar sebenar
ada kaitan di antara yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia



Polis mengambil keterangan daripada 23 pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Seksyen 25 di sini hari ini selepas terbabit dalam satu pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob dipetik Bernama Online berkata, pergaduhan antara pelajar Tingkatan Empat dan Lima itu dapat dileraikan oleh guru sebelum pelajar terbabit dikumpulkan dalam bilik kaunseling sementara menunggu ketibaan polis.

Bagaimanapun pelajar terbabit dibenarkan pulang selepas polis mengambil keterangan daripada mereka di Balai Polis Seksyen 15 untuk menyiasat punca sebenar kejadian.

Zahedi berkata demikian elepas menghadiri Majlis Anugerah Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor 2010 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Katanya, polis akan berbincang dengan pengurusan sekolah berkenaan bagi mengadakan sesi kaunseling terhadap pelajar-pelajar itu.

ps: hebat budak-budak zaman sekarang.. yang terlibat dalam pergaduhan ni pelbagai kaum contoh melayu, eee, cina, india.. mereka inilah yang akan menjadi pejuang ketuanan masing-masing dalam sikit masa nanti..  merekalah yang akan jadi pengganti pemimpin.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular