Saturday, April 30, 2011

Reaksi : Najib pelawa Pas sertai BN

KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa Pas untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dalam usaha memperjuangan agenda bangsa, agama dan negara.


Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.


"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?


"Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. - Sinar Harian

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengeluarkan kenyataan yang memperbodohkan dirinya sendiri dan menunjukkan dia sudah tidak ada isu lagi untuk bercakap dengan meminta Pas keluar daripada Pakatan Rakyat yang disifatkkannya jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Najib juga berkata sudah tiba masanya Pas meninggalkan Pakatan Rakyat khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

Sedangkan beberapa usaha dilakukan Umno yang dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN). Usaha ini diperhebatkan dan dilihat ada kewajaran lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Kalaulah dengan alasan DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam, saya lihat kenyataan Najib adalah kenyataan yang sangat rapuh dan akan ditertawakan oleh sesiapapun yang tahu antara DAP dan UMNO sendiri siapakah yang sebenarnya lebih baik pada masa ini.

Tidak lagi bercakap siapa yang memperjuangkan Islam, kerana DAP walaupun parti bukan Islam seperti dakwaan UMNO dia adalah parti yang berjuang untuk Islam, ternyata yang telah ditunjukkan oleh Ketua Menteri dari DAP di Pulau Pinang, Lim Guang Eang adalah lebih baik dari masa pemerintahan BN.

Pemberiaan saguhati kepada para penghafal al Quran, bantuan kepada guru KAFA, Sekolah Agama dan banyak lagi usaha kebajikan yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang menunjukkan negeri itu lebih baik pembelaan Islam berbanding dibawah BN satu masa dulu.

Walaupun "wangi" yang dilakukan oleh Kerajaan PR ditutup rapat, malah di "busukkan" dengan putar belit dan cerita palsu oleh media BN, namun sesuatu yang baik dan wangi itu pasti dicium juga oleh seluruh rakyat Pulau Pinang malah sampai keluar Pulau Pinang.

Selain itu siapakah Najib yang memandai untuk mengajar PAS keluar dari PR. Nasihat saya jagalah dulu parti sendiri dan gabungan BN yang sudah semakin nazak dan akan dikuburkan dalam PRU ke 13 nanti. jangan menyibuk mengenai parti dan gabungan pakatan Rakyat, tahulah kami untuk mengajar BN dalam PRU ke 13 nanti !

Persoalannya ilah orang cina sudah menolak komponen parti yang mewakili orang Cina dalam BN iaitu MCA. Kegusaran kalau isu liwat dan video seks tidak menjadi untuk mengukuhkan sokongan melayu kepada UMNO, dimanakah lagi UMNO akan berpaut melainkan mencari kaedah baru untuk pecah dan lemahkan Pakatan Rakyat.

Bercakap dengan nada yang "bodoh" supaya PAS keluar dari PR dan jangan berkawan dengan DAP adalah ajakan supaya PAS bergabung dengan UMNO yang telah jelas ditolak oleh pemimpin PAS.

Alhamdulillah apa yang saya lihat dari kenyataan Najib pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat Kuala Terengganu hari ini menggambarkan bahawa UMNO dan BN sudah tersangat lemah dan hampir pasti menerima kekalahan yang teruk dalam pru ke 13.

Kalau sebelum ini Pakatan Rakyat dapat membuktikan dan berjaya menumbangkan BN di Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pualau Pinang. Adakah satu perkara yang mustahil dan susah sangat untuk kita menjadi kerajaan Pusat selepas PRU ke 13 ?

Kita tungu dan lihat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular