Tuesday, December 4, 2012

Panas!! Bukti Kekejaman dan Taktik Jahat UMNO!!! +Video

GURU AGAMA YANG DIPECAT JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI), AKAN DIAMBIL SEMULA BEKERJA DENGAN SYARAT PERLU MENJADI AHLI UMNO TERLEBIH DAHULU!!!!
Guru Dipecat Diberikan Borang UMNO 
Guru agama sementara dari Labuan yang dipecat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, mendakwa menerima borang keahlian Umno selepas ditelefon seorang pemimpin Umno setempat.

Guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi juga mendakwa bahawa dalam perbualan telefon tersebut, beliau dinasihatkan bahawa sebagai kakitangan kerajaan beliau hanya boleh bergiat aktif dalam parti Umno.

Beliau mendakwa borang itu dihantar secara serahan tangan pada 11 Oktober, dua hari selepas beliau 'dinasihati' pemimpin Umno berkenaan yang juga seorang senator Dewan Negara.

Beliau bagaimanpun tidak mengisi borang itu dan menerima notis pemecatan pada 24 Oktober dan berkuatkuasa 1 Disember lalu.

Qatrun memberitahu demikian sebelum menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai pemecatannya oleh JAWI.

Sementara itu, pemimpin Umno yang didakwa oleh Qatrun sebagai pemangku Ketua Umno Labuan, Senator Datuk Yunus Kurus, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau yang menghantar borang keahlian tersebut kepada bekas guru berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, ia dihantar atas permintaan Qatrun sendiri.

Yunus juga mengakui ada menelefon Qatrun untuk mengesahkan laporan bahawa seorang guru agama sementara JAWI berkempen untuk PAS.

Guru berkenaan, dakwa Yunus, mengesahkan ada terlibat dengan PAS.

"Saya telefon dia tanya betul ke dia masuk PAS. Dia boleh ketawa-ketawa lagi.

Saya cakap itu (masuk mana-mana parti) hak kamu.

"Dia minta borang saya kasilah," katanya.

Qatrun sewaktu sidang media juga mengaku bahawa beliau, secara berjenaka, meminta borang Umno dari Yunus.

Penyelaras NGO hak asasi manusia Suaram, Syukri Razab yang menemani Qatrun berkata siri kejadian yang berlaku sebelum Qatrun dipecat mengesahkan pemecatan itu bersifat politik.

Menurutnya, sebab pemecatan itu yang dipercayai berkaitan dengan kehadiran Qatrun ke ceramah pembangkang bercanggah dengan hak asasi manusia untuk berpersatuan.

Mengulas perkara itu, Yunus menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuang Qatrun dari tugasnya kerana perjawatan beliau terletak di bawah bidang kuasa JAWI.

"Bukan saya yang buang. Saya tiada kuasa untuk membuang sesiapa," katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan Qatrun bahawa beliau menyatakan hanya pekerja kerajaan dengan keahlian Umno sahaja boleh berpolitik.

"Tidak ada semua (kenyataan) itu. Itu temberang sahaja," kata Yunus.

Beliau turut menggesa Qatrun menghubunginya sendiri jika Qatrun berkata benar dengan dakwaan-dakwaannya tentang pemecatan itu. -mk

Guru dipecat gesa Suhakam nasihat JAWI, Umno
Guru agama sementara dari Labuan yang dipecat selepas menghadiri ceramah ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Kuala Lumpur hari ini.

Memorandum itu dihantar oleh guru berkenaan, Qatrun Nada Mohd Latfi menerusi NGO Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (INSAN).

Dalam memorandum itu, Qatrun memohon Suhakam agar menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) "bersikap profesional dan membebaskan JAWI daripada menjadi jentera politik parti memerintah".

Ia juga memohon Suhakam agar "menggesa Umno tidak menggunakan agensi kerajaan sebagai alat politik untuk mengekang kemaraan parti lawan".

Pesuruhjaya Suhakam, Detta Samen yang menerima memorandum itu berkata bahawa pihaknya akan menyiasat dakwaan yang terkandung dalam memorandum itu.

Jika kes itu sudah dibawa ke mahkamah, Suhakam boleh bertindak sebagai pihak ketiga untuk mengesahkan jika kes itu didapati mencabuli hak-hak asasi manusia.

"Suhakam boleh turut serta dan beritahu mahkamah perkara ini bertentangan dengan hak asasi manusia dan kami boleh bantu mana-mana peguam yang sudah dilantik untuk membawa kes ini ke mahkamah," katanya. -mk

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular