Sunday, December 2, 2012

Kantoi!!! Nak bodek Najib .. Khairy tipu statistik pengikut FB Anwar Ibrahim..


Kemenangan besar kumpulan pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus dan populariti presiden Umno dalam media sosial bukti jelas golongan muda sudah kembali kepada UMNO, kata Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin dalam ucapan penggulungan perbahasan persidangan agung Umno ke-66.

"Kalau kita tengok Facebook, penyokong Datuk Seri Najib lebih 1.25 juta berbanding ketua umum mereka yang tidak sampai 200 ribu sahaja," katanya merujuk kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ~ Malaysiakini

Kurang pasti pula aku samada sekali lagi Khairy Jamaluddin dibekalkan dengan fakta yang salah.. atau fakta yang memang dijadikan salah olehnya sendiri..

Dulu semasa berdebat dengan Rafizi Ramli banyak juga faktanya adalah salah..

Kali ini yang salah ialah tentang jumlah penyokong Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khairy kata jumlahnya tidak sampai 200 ribu orang.. tapi hakikatnya.. lihat di bawah..
Jumlahnya ialah 408,878 bukannya tak sampai 200,000 seperti yang Khairy dakwa..

Tentang kemenangan kumpulan Pro Aspirasi pula.. Khairy sorok Pro-Aspirasi kalah di kampus utama berpengaruh yang menjadi tulang belakang pergerakan mahasiswa seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mereka hanya menang di kampus tidak berpengaruh seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Dan kemenangan mereka dibayangi penipuan, salah guna kuasa bahagian hal ehwal pelajar (HEP) yang menyelia pilihanraya kampus selain kecondongan pentadbir universiti yang terlebih UMNO dari UMNO... ASD

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular