Monday, December 3, 2012

Dalang di belakang Deepak dan Musa?


Ramai yang tertanya-tanya mengenai kemunculan serentak pendedahan 'berani mati' peniaga permaidani, Deepak dan Musa Hassan pada ketika Umno sedang rancak mengadakan Perhimpunan Agung Umno 2012 mereka.

Dalam 'pendedahan pek berkembar' ini, Deepak mendedahkan perihal penglibatan keluarga Najib bagi membantu membersihkan kekotoran yang ditinggalkan oleh surat Akuan Bersumpah (SD) Penyiasat Persendirian Balasubramaniam yang mengaitkan keluarga Najib dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuyaa.

Keluarga Najib meminta jasabaik Deepak agar memujuk Balasubramaniam membatalkan Akuan Bersumpah pertamanya dan digantikan dengan Akuan Bersumpah kedua. Deepak dijanjikan imbuhan bisnes jutaan Ringgit.

Namun kes kehilangan Balasubramaniam menjadikan Deepak sebagai sasaran keluarga Najib yang bimbang tembelang mereka akan pecah terburai. Pelbagai gangguan dan tekanan dikenakan ke atas Deepak agar beliau dapat mempastikan Balasubramaniam tidak berpaling tadah. Premis perniagaan karpet beliau telah diserbu oleh pihak penguatkuasa atas dakwaan yang direka-reka.

Perniagaan karpet Deepak menerima kesan dan terjejas teruk akibat daripada publisiti buruk yang beliau terima. Namun, sampai bila Deepak mampu bertahan apabila beliau terpaksa pula turun-naik mahkamah disebabkan urusan perniagaan yang tidak menjadi seperti yang dijangka.

Maka Deepak memilih untuk tidak berterusan menanggung bala akibat SD Bala dan keluar dengan pendedahan di khalayak. Beberapa siri pendedahan telah dilakukan oleh Deepak yang sedikit sebanyak memberikan impak kepada Najib dan keluarga. Terkini Deepak telah mendedahkan bahawa Rosnah, suami Najib bakal menerima durian runtuh sebanyak RM26 bilion hasil beberapa perniagaan yang melibatkan Rosmah termasuk harga 'tawaran tender' untuk menjadi 'calon boleh menang' Umno/BN dalam PRU-13 nanti.

Hebat Deepak, hingga mampu membuat perkiraan harta menggolek yang bakal diterima Rosmah.

Di tengah-tengah siri pendedahan Deepak, tiba-tiba muncul Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara (KPN) memberikan sidang media bersama-sama sebuah NGO, Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), mendakwa ketika beliau menjadi KPN, Hishamudin Hussein, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, telah campur tangan dalam urusan polis dengan bertindak membelakangkan beliau dalam memberikan arahan kepada pegawai polis.

Serangan dan pendedahan pek berkembar ini nampak jelas merupakan satu perancangan yang telah disusun rapi oleh sesuatu pihak untuk menjatuhkan Najib dan Hishamuddin Hussein. Dan pastinya mempunyai 'kekuatan' yang tidak mampu dijangkau mahu pun disentuh oleh Najib ataupun Hishamuddin. Tidak ada sesiapa yang sanggup mempertaruhkan nasib dan nyawa sendiri serta keluarga di dalam sebuah negara yang serba mungkin ini tanpa penglibatan dan sokongan orang yang cukup berkuasa.

Deepak mensasarkan keluarga Najib (termasuk suaminya, Rosmah) manakala Musa mensasarkan Hishamudin Hussein. Rakyat telah tercium dan terbau sesuatu. Najib dan Hishamuddin adalah sepupu yang sedang terkapai-kapai berpaut kepada ranting kuasa yang semakin rapuh. Persidangan Agung Umno 2012 ini adalah gelanggang yang sesuai untuk pihak yang berpentingan menjaja 'pek pendedahan berkembar' ini.

Namun, siapakah yang memberikan semangat dan keberanian kepada Deepak dan Musa Hassan melakukan pendedahan berani mati ini. Tidakkah Deepak dan Musa terbayang akan penangan C4 yang mungkin masih ada dalam simpanan seseorang. Kemungkinan yang tidak boleh diketepikan.

Didalangi Pakatan Rakyat?
Dalam kes perbicaraan mahkamah yang sedang dihadapi oleh Deepak, kedua-dua peguam yang mewakili beliau berlatar-belakangkan Pakatan Rakyat iaitu Sivarasa dan Surendran. Memang wajarlah Deepak diwakili oleh peguam yang berlatar-belakang PR. Mana mungkin peguam Shafee Abdullah atau mana-mana peguam yang berlogo Umno/BN mewakili Deepak untuk menentang kroni Najib.

Tapi, sejauh itu sajalah penglibatan PR. Untuk menjadi dalang, tak mungkin. Pakatan mana memiliki kuasa untuk menghalang bom daripada diletupkan atau rekod imigeresen atau Jabatan Pendaftaran Negara dipadamkan begitu sahaja.

Begitu juga dengan pendedahan Musa Hassan. Takkanlah tindakan beliau didalangi Pakatan Rakyat yang menjadi musuh beliau walaupun DS Anwar Ibrahim telah memaafkan beliau.

Maka mata tertumpu kepada Muhyidin Yasin aka Mat Sembab, timbalan kepada Najib. Tapi, siapa Muhyidin? Kementerian Pelajaran pun dia tak mampu nak jaga dan awasi, inikan pula nak jadi batu api melaga-lagakan Najib dan Hishamudin bersaudara. Sengaja nak cari mampos? Apa modal yang dia ada? Negeri Johor pun dah goyah dan silap-silap percaturan, akan terlepas kepada Pakatan.

Intai sana, intai sini, rupa-rupanya ada seekor singa tua bersama anak yang tidak pernah kenyang-kenyang, sedang menunggu masa untuk menerkam. Jika dapat digoncang ranting pokok yang semakin reput, akan jatuh tergolek dog Najib dan Hishamudin sekali gus.

Singa tua yang licik inilah yang berkemungkinan besar memainkan peranan di sebalik 'pendedahan pek berkembar' Deepak dan Musa Hassan. Aura singa tua inilah yang memberikan keberanian luar-biasa kepada Deepak dan Musa.

Jika berjaya perancangan si singa tua, maka, Mukhriz, bolehlah kamu mengambil tempat di atas pokok. Selepas ini Pakatan akan tebang kerana kawasan itu mungkin akan dibangunkan dengan membina zoo yang yang lebih besar. Singa tua, singa muda, singa bapok, buaya tembaga, semua boleh masuk, in sya Allah. - M@RHAEN

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular