Monday, December 3, 2012

Jenayah makin merosot dan Malaysia Negara Paling Selamat : Rumah Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh dipecah masuk, rugi lebih RM100,000


BUKIT MERTAJAM - Rumah Ketua Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir di sini dipecah masuk sekumpulan penjenayah mengakibatkan kerugian lebih RM100,000.

Mohd. Zaidi Mohd. Said, 43, berkata kejadian disedari oleh ayahnya Mohd. Said Abdul Hamid, 70, yang datang ke rumahnya pukul 6 pagi hari ini.

"Ayah tinggal bersebelahan rumah saya dan dia datang ke rumah untuk melihat keadaan kediaman berikutan kami (beliau dan isteri) tiada di rumah kerana menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Kuala Lumpur.

"Dia (ayah) tengok pintu belakang rumah terbuka dan dia masuk ke dalam rumah mendapati semua bilik telah digeledah oleh penjenayah yang dipercayai lebih daripada seorang," katanya semasa ditemui di rumahnya, di sini.

Mohd. Zaidi berkata sebaik dimaklumkan, beliau terus pulang ke rumah dan mendapati sebuah peti besi mengandungi barang kemas milik isterinya, tiga jongkong emas seberat 750 gram, tiga komputer riba, geran tanah dan pelbagai dokumen serta sebuah motosikal jenis Honda telah hilang.

"Selepas memeriksa saya dapati mereka (penjenayah) telah melarikan peti besi tersebut yang berada dalam bilik utama yang mengandungi pelbagai barang berharga dan sebuah motosikal milik anak saya, kesemuanya bernilai lebih RM100,000 lesap," katanya.

Mohd. Zaidi berkata penjenayah telah meninggalkan kesan tapak kaki dalam rumah dan sepasang kasut di luar rumah.

Beliau dan isteri Santanina Salleh, 41 berharap polis dapat mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian itu kerana pelbagai barangan yang hilang itu sangat berharga.

"Saya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan sangat berharap mereka yang memecah masuk ke rumah kami dapat ditangkap secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis di sini ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan.- Bernama

duit kat atas tu banyak tu.. hang ambik mana? ASD

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

1 comment:

Unknown said...

Apakah Anda membutuhkan pinjaman? Anda telah ditolak oleh Bank dan Anda ingin mendapatkan pinjaman untuk memenuhi semua kebutuhan Anda? Tidak masalah. Terlepas dari situasi keuangan Anda, Kami menawarkan pinjaman hipotek, pinjaman komersial, pinjaman pribadi, kami menawarkan pinjaman untuk kemitraan, transaksi publik dan pribadi lainnya, real estat, keuangan, dll. Kami menawarkan pinjaman dalam jangka panjang dan pendek. kami profesional yang handal, kompeten dan berpengalaman di bidang keuangan yang fokus pada kesuksesan Anda. Tujuan kami adalah memberikan solusi pinjaman terbaik di bidang layanan pinjaman untuk klien kami. Kami memberikan Persetujuan Instan Jika layak, Anda dapat menghubungi saya hari ini melalui whatsapp atau menghubungi nomor ini +19495231457 atau menghubungi kami melalui alamat email di: Email: westlakefinance@usa.com
Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular