Monday, December 3, 2012

Kantoi!! UMNO Pulau Pinang menipu di Perhimpunan Agung UMNO.


Dalam Derhimpunan Agung UMNO baru-baru ini UMNO Pulau Pinang telah mencadangkan penubuhan sebuah yayasan hartanah bertujuan untuk menyelamatkan kampung Melayu tradisi di negeri itu.

Menurut perwakilannya, Datuk Abdul Rahim Saibu (gambar atas) langkah itu perlu bagi menangani masalah, termasuk perumahan bagi penduduk terbabit yang kini terhimpit dengan pembangunan.

"Puak-puak yang nak rosakkan perkampungan Melayu dapat kelulusan pantas kerajaan negeri akibat nilai hartanah tinggi orang Melayu terpaksa meninggalkan kampung halaman, soal rumah mampu milik langsung tak dipedulikan kerajaan negeri".

Benarkah apa yang didakwa Datuk Abdul Rahim Saibu itu?.. ini jawapannya..

UMNO Pulau Pinang telah membuat pembohongan besar dan tidak masuk akal serta bersifat benci kaum apabila mendakwa kononnya masyarakat Melayu Pulau Pinang telah dimangsakan melalui “pembersihan etnik melalui pemajuan hartanah”.

Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, dakwaan liar dan bahaya itu telah dilaporkan oleh media yang memetik ucapan perwakilan UMNO Pulau Pinang Dato’ Rahim Saibu sewaktu perhimpunan agung parti tersebut di ibu kota yang selesai semalam.

Menurutnya, Rahim juga dipetik oleh media sebagai mendakwa “tiada ada sebiji pun” rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

“UMNO sememangnya tiada modal lain selain mengulangi fitnah-fitnah yang sama. Umum sudah mengetahui bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah menyediakan tabung perumahan mampu milik yang berjumlah RM500 juta, iaitu tabung perumahan terbesar yang pernah diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia.

“Selain daripada itu, kerajaan negeri Pulau Pinang juga giat berusaha untuk memenuhi keperluan perumahan bagi rakyatnya. Sejak tahun 2008, sebanyak 11,596 unit perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah telah pun diluluskan untuk pemajuan oleh pihak swasta dan juga kerajaan negeri melalui agensi-agensinya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zairil berkata, tambahan kepada 11,596 unit tersebut, kerajaan negeri Pulau Pinang juga telah memperuntukkan 277 ekar tanah di serata negeri merangkumi setiap daerah untuk pembinaan 18,000 unit perumahan mampu milik baru, termasuk lebih kurang 1,320 unit yang akan dibangunkan di Jalan SP Chelliah di perkarangan pusat bandar George Town.

Justeru, jelasnya, dakwaan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak memenuhi keperluan perumahan rakyat adalah tidak berasas langsung, dan sekadar fitnah UMNO Pulau Pinang yang cuba menutup penyelewengan lampau mereka.

Menurutnya, Dato’ Rahim sepatutnya akur bahawa penyelewengan tanah Melayu selama ini telah dilakukan oleh UMNO sendiri, seperti dalam kes Kampung Terang, Balik Pulau, di mana 10 ekar tanah yang dimiliki 31 orang pemilik Melayu telah dijual kepada syarikat kepunyaan dua pemimpin kanan UMNO negeri iaitu Dato’ Musa Sheikh Fadzir dan Dato’ Omar Faudzar.

Beliau menambah bahawa tanah yang dibeli daripada pemilik-pemilik Melayu tersebut dengan jumlah harga RM8.6 juta kemudiannya telah dijual kepada sebuah pemaju swasta pada harga RM13.5 juta.

Dalam erti kata lain, beliau menjelaskan bahawa dengan mengambil kesempatan ke atas pemilik-pemilik Melayu tersebut, Dato’ Musa dan Dato’ Omar telah mengaut keuntungan “atas angin” yang berjumlah hampir RM5 juta.

“Bukankah ini contoh jelas penyelewengan amanah di mana tanah Melayu telah digadai demi keuntungan peribadi pemimpin-pemimpin UMNO, apatah lagi apabila orang Melayu dikatakan sudah ketandusan tanah khususnya di bahagian pulau?

“Hakikatnya, sekiranya benar Melayu Pulau Pinang terjerut dalam keadaan tidak bertanah, bukankah ini salah pentadbiran UMNO-Barisan Nasional selama 50 tahun di Pulau Pinang? Tidak mungkin keadaan sebegini boleh terjadi dalam sekelip mata,” kata Zairil.

Beliau menegaskan bahawa dasar kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah bertujuan bukan untuk meminggirkan kepentingan mana-mana masyarakat tetapi untuk menghapuskan gejala sosioekonomi seperti kemiskinan yang berlaku sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional.

Katanya, melalui Agenda Ekonomi Saksama, kerajaan Pakatan akan memastikan tiada satu pun keluarga di Pulau Pinang yang mempunyai pendapatan kurang daripada garis kemiskinan kebangsaan bagi Semenanjung Malaysia menjelang akhir tahun 2013.

“Usaha ini adalah ekoran daripada kejayaan kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2009 setelah setahun mengambil alih pucuk kepimpinan negeri.

“Jelas, dasar kerajaan Pakatan Rakyat adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat dan bukan untuk menggadai kepentingan rakyat demi keuntungan diri sendiri,” ujar beliau. – Roketkini.com

Dokumen mengenai penjualan tanah itu sila lihat di ( SINI )

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular