Respon T'guru Nik Aziz terhadap Perhimpunan Umno 2012
"Hari ni Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberi tiga respons terhadap perhimpunan puak Umno di KL:
"Hari ni Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberi tiga respons terhadap perhimpunan puak Umno di KL:
1) Perwakilan Umno berucap penuh dgn maki-hamun yang 'sikit habuk' rakyat tak leh nak tumpang... kerana ucapan menimbulkan permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain.
2) Presiden Umno (bagi pihak Umno dan kerajaan) mohon maaf atas kesalahan dilakukan sebelum ni. Tuan Guru nyatakan, kita boleh maafkan dengan syarat:
Pertama, Umno kena tukar dasar dulu (dari berjuang atas nama kebangsaan Melayu kepada Islam yang syumul). Ia selari dengan tuntutan biro ulama Umno tahun 1951 dulu;
keduanya khusus untuk Kelantan kesemua peruntukan pembangunan hendaklah disalurkan kepada Kerajaan Negeri bukannya JPP; dan ketiga hak rakyat Kelantan, hendaklah membayar royalti minyak kepada Kerajaan Negeri. Jika tidak sanggup buat tiga perkara ini, maka "tiada maaf bagimu."
3) Dalam ucapan pemimpin Umno (semasa penggulungan) juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa Umno selama ini.
Soal Tuan Guru, apakah Umno sahaja yang berjasa?--semacam Umno sahaja yang berjasa!
PAS di Kelantan pun banyak jasa:
Pertama, pengurusan kewangan Kerajaan Kelantan acap kali mendapat pujian Ketua Audit Negara. Membuktikan jasa PAS yang mentadbir amanah rakyat tanpa ketirisan, rasuah dan penyelewengan;
keduanya menerusi pendekatan pentadbiran Islam, PAS berjaya mengubah pemikiran rakyat Kelantan berpandukan agama iaitu "orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah" (allazina an'am ta'alaihim).
Kesannya ramai wanita sudah mengamalkan ajaran agama termasuklah Wanita dan Puteri Umno pun sudah ramai bertudung (tutup aurat), berkat jasa Kerajaan Negeri di bawah PAS melaksanakan kempen berpakaian menutup aurat.
Seharusnya pemimpin Umno bersikap terbuka, kenanglah juga jasa pihak lain.
Sekian." - SUMBER
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment