Monday, December 3, 2012

Awasi sandiwara Musa bekas KPN +Video Pengakuan Mahathir


Ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU 2012) berlangsung baru-baru ini, bekas Ketua Polis Negara (KPN), Musa Hassan tiba-tiba muncul di khalayak bersama sebuah NGO, Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) yang juga muncul secara tiba-tiba.

Musa mendakwa ketika beliau memegang jawatan sebagai KPN, Hishamudin Hussein yang merupakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah melangkaui bidang kuasa beliau (Musa) sebagai KPN dengan mengeluarkan arahan-arahan kepada pegawai-pegawai kanan polis.

Beliau turut memetik Seksyen 4(1) Akta Polis 1967 yang menggariskan hanya Ketua Polis Negara yang diberi kuasa mengeluarkan arahan kepada polis.

Musa telah dilantik ke jawatan KPN pada September 2006. Tidak lama selepas itu, beliau telah didakwa dan disiasat atas dakwaan membebaskan tiga orang ketua sindiket perjudian haram. Namun setelah siasatan dilakukan, Abdul Ghani Patail selaku Peguam Negara telah mengarahkan supaya pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR kini SPRM) menutup kes berkenaan atas alasan kekurangan bukti.

Walaupun telah mencapai had umur persaraan paksa (wajib), khidmat Musa sebagai KPN telah disambung selama dua tahun sehingga 13 September 2009 secara kontrak. Setelah tamat tempoh berkenaan, kontrak beliau disambung setahun lagi sehingga 13 September 2010 dan kontraknya tidak lagi disambung oleh kerajaan Umno/BN selepas daripada itu.

Kita merasa musykil mengapa Musa Hassan tiba-tiba muncul di saat Umno sedang mengadakan PAU 2012 dan pada ketika negara sedang bersiap-sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka paling sengit dalam sejarah negara.

Jika beliau betul-betul merupakan seorang KPN yang berpegang kepada prinsip dan moto 'Tepat' dan 'Betul', beliau sepatutnya tidak teragak-agak menggunakan peruntukan di bawah seksyen berkenaan untuk menahan, melakukan siasatan dan mendakwa Hishamudin Hussein ke mahkamah atas dakwaan menyalah-gunakan kuasa. Tindakan ini tidak pelik sebenarnya.

Telah wujud kes dahuluan (precedent) di mana mantan TPM (bakal PM ke-7, In sya Allah) DS Anwar Ibrahim pernah dikenakan dakwaan salah-guna kuasa kerana mengarahkan Datuk Mohamad Said Awang, Pengarah Cawangan Khas pada ketika itu dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Khas 2 PDRM untuk memperolehi pengakuan bertulis daripada Azizan Abu Bakar. DS Anwar telah disiasat, didakwa, dihadapkan ke mahkamah dan akhirnya didapati bersalah atas tuduhan salah-guna kuasa.

Jadi, mengapa Musa ketika memegang jawatan selaku KPN, enggan menggunakan kuasa yang ada di tangannya untuk menahan, menyiasat dan mendakwa Hishamudin Hussein. Mengapa setelah lebih daripada dua tahun bersara daripada jawatan KPN, setelah tiada kuasa di tangan, barulah beliau lantang bersuara?

Apakah kerana beliau bimbang Abdul Gani Patail selaku Peguam Negara akan melepaskan Hishamudin daripada dakwaan 'kerana kekurangan bukti'? Timbunkan saja bukti supaya Peguam Negara tidak mampu memberikan apa-apa alasan. Bukankah tugas polis untuk mengumpul bukti? Jika dalam kes perbicaraan Liwat 1 dulu, pelbagai bukti boleh dicipta selepas pendakwaan dilakukan, takkanlah kes yang melibatkan integriti beliau sebagai KPN sendiri, tidak dapat dikumpul dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara?

Jika setelah menimbunkan pelbagai bukti, Peguam Negara masih menolak untuk melakukan pendakwaan, tangkap sajalah Abdul Gani Patail, Peguam Negara dan dakwa si Gani Patail atas tuduhan menyalah-gunakan kedudukan beliau sebagai Peguam Negara kerana menghalang undang-undang dilaksanakan dengan adil dan sewajarnya. Kalau itulah yang dilakukan oleh Musa pada ketika itu, pastinya seluruh Rakyat akan berada dan berdiri di belakang beliau.

Sebenarnya, apa yang tersurat ketika Musa memberikan sidang medianya ialah, beliau mendakwa bahawa beliau telah tidak disambung kontrak jawatan KPN setelah tempoh kontrak kali keduanya tamat pada September 2010. Kes anggur masam.. Yang tersiratnya, sekiranya kontrak beliau disambung lagi, maka Musa akan kekal sebagai Musa, bekas pengusung tilam dalam kes perbicaraan Liwat 1 dulu.

Beliau akan terus menikus dan mendiamkan diri untuk menjaga periuk nasi beliau seperti kebanyakan ketua besar penjawat awam di sektor-sektor perkhidmatan yang lain. Jangan haraplah beliau mempunyai sebarang keberanian untuk menjentik Hishamudin Aww daripada jauh sekali pun.

Juga, beliau sedar, gelombang kebangkitan Rakyat semakin memuncak untuk menukar kerajaan Persekutuan yang diterajui Umno/BN. Sekiranya berlaku pertukaran kerajaan Persekutuan kepada Pakatan Rakyat (in sya Allah), kemungkinan besar segala perlakuan lepas beliau akan menyebabkan beliau turut terseret turun naik mahkamah. Jadi sementara masih ada kesempatan waktu, Musa cuba bersandiwara menjadi 'budak baik' di mata Pakatan Rakyat.

Oleh itu, kemuculan Musa secara tiba-tiba ini, hendaklah kita terima dengan penuh kewaspadaan. Jika boleh, jangan diambil peduli oleh pihak Pakatan Rakyat. Biarkan itu menjadi urusan antara beliau dengan kerajaan Umno/BN yang sudah semakin hampir kepada tarikh luput. Selepas ini, kita kira lain...

Kita perlu ingat, dalam keadaan kerajaan Umno/BN amat-amat terdesak dan tertekan, mereka sanggup lakukan apa saja. Apalah sangat jika terpaksa mengorbankan 'seorang Hishamudin Hussein' yang bertaraf 'menteri aww aww', kerana sebelum ini, jawatan Timbalan Perdana Menteri pun pernah mereka korbankan demi menyelamatkan Umno/BN. APCO muncul dalam berbagai watak dan cara... Berhati-hatilah. M@RHAEN

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular