Sungguh geli bila ahli Umno-BN cakap kerajaan Umno-BN cekap dan pandai memerintah. Konon pembangunan yang dikecapi negara sekarang ini adalah hasil pemerintahan Umno-BN.
Tapi terfikirkah kita, bangunan pencakar langit tersergam indah, berlumba-lumba bina bangunan cantik tapi keperluan hidup rakyat terabai. Tiada guna ada bangunan yang hebat jika rakyat sendiri tidak dapat hidup dengan selesa.
Sungguh malang nasib rakyat Malaysia dipimpin kerajaan Barisan Nasional (BN). Bukan dua tiga tahun kerajaan BN memerintah negara kita ni, tapi dah menjangkau 54 tahun dah. Namun kenapa ada lagi rakyat di negara ini tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak pemerintah? Siapa yang harus dipertanggungjawabkan. Nak salahkan Pakatan Rakyat (PR) ke? Tepuk dada tanya iman.
Dilaporkan di akhbar arus perdana kelmarin, kira- kira 100 pembeli rumah Taman Desa Kempas di Johor telah mengadakan demonstrasi aman menuntut penjelasan daripada pihak pemaju berhubung projek perumahan tersebut yang terbengkalai sejak lebih 10 tahun lalu.
Bukan semalam atau kelmarin tapi dah lebih 10 tahun ianya berlaku. Apakah di negeri yang menjadi tempat lahirnya Umno itu tiada pemerintah (kerajaan) yang prihatin terhadap rakyat? Mereka tak bekerja ke?
Walaupun ianya dibawah seliaan pemaju, namun apakah exco yang bertanggungjawab bahagian perumahan tidak pernah nak ambil tahu akan perkara itu? Kalau ianya berlaku semalam atau kelmarin, ianya boleh dimaafkan lagi tapi dah masuk 10 tahun. Pilihanraya Umum (PRU) dah hampir nak masuk tiga pusingan tapi tiada apa-apa tindakan susulan daripada pihak kerajaan.
Bagi penulis WarkahDaily Online, ini semua kerana kawasan rumah terbengkalai berkenaan dianggap sebagai ‘kawasan selamat’ untuk Umno menang dalam PRU. Jika ianya kawasan tidak selamat atau memang kawasan PR menang, sudah tentu laju pihak tertentu akan bertindak tanpa dipinta. Jadi amatlah beruntung jika rakyat berada di kawasan yang calon PR menang. Sudah tentu mereka akan diberi perhatian.
Dipetik dari Utusan Malaysia, beberapa pembeli rumah berkenaan mendakwa mereka terpaksa menanggung kerugian termasuk kos bayaran rumah sewa dan ansuran pinjaman perumahan kepada pihak bank setiap bulan sejak 2003.
Salah seorang pembeli, Chan Hwa Nong, 38, berkata, dia membeli sebuah rumah kos rendah berharga RM22,000 pada 2000 semasa tawaran pembelian di sebuah pusat beli-belah di sini.
“Rumah itu sepatutnya siap pada 2003 tapi sampai sekarang tak siap-siap lagi dan disebabkan itu saya terpaksa menyewa rumah lain dengan sewa RM350 sebulan.
“Saya juga terpaksa membayar ansuran pinjaman perumahan kira-kira RM40 setiap bulan pada bank sejak rumah itu dibeli,” katanya ketika ditemui di tapak projek perumahan berkaitan seperti dilaporkan Utusan.
Difahamkan, projek pangsapuri Taman Desa Kempas dibangunkan pada 2001 dijual pada harga RM22,000 hingga RM100,000 bagi setiap unit. Ia dijadual siap sepenuhnya pada 2004 tetapi sehingga hari ini hanya fasa satu dan dua berjaya disempurnakan.
Seorang suri rumah, Ari Hasni Arifin, 33, dan seorang pegawai keselamatan, R. Lingam, 56, turut melahirkan rasa kecewa kerana masih belum dapat mendiami rumah idaman mereka biarpun pembayaran ansuran sudah mula dibuat sejak 2001. Kedua-dua mereka masing-masing membeli sebuah pangsapuri berharga RM88,000 dan membayar ansuran pinjaman di antara RM350 hingga RM380 setiap bulan.
“Kami kecewa dan kesal. Sudahlah berhabis puluhan ribu ringgit malah terpaksa pula membayar sewa rumah yang diduduki sekarang. Kami berharap kerajaan dapat mengambil tindakan sewajarnya ,” ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment