Saturday, October 29, 2011

Mengapa Najib salahguna duit rakyat untuk naikkan imejnya?


KUALA LUMPUR, 28 Okt: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengupah orang asing untuk menaikkan imejnya adalah membazir, sia-sia dan menyalahgunakan wang rakyat.

"Jika benar Najib mengupah Alastair Campbell yang pernah menjadi ketua komunikasi bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk menaikkan imejnya dan wang rakyat digunakan untuk tujuan itu, ia bukan sahaja membazir dan sia-sia, malah amat tidak adil menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan partinya," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Sarawak Report sebelum ini melaporkan, Campbell kini menasihati Najib untuk memastikan kemenangan Umno Barisan Nasional (BN) dalam pilihan
raya akan datang.

"Mana pergi pakar-pakar tempatan yang hebat-hebat untuk menaikkan imej Najib setelah imej Umno BN jatuh merudum terutama di kalangan pengundi bukan Melayu?

"Kita difahamkan ada pakar dari stesen TV terkenal diambil untuk menaikkan imej imej Najib dan partinya. Adakah pakar itu gagal menaikkan imej Najib dan memperbaiki imej (isteri Najib, Datin Seri) Rosmah (Mansor)?" Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mempersoalkan. KL

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular