Tuesday, October 25, 2011

truly 1 Malaysia...Lagi Urus Niaga Malaysia Yang Amat Bijak..

Perjanjian RM 1.7 Billion Bertukar Menjadi RM 7.5 Billion
Perjanjian RM 1.7 Billion Bertukar Menjadi RM 7.5 Billion dalam satu perjanjian untuk menjual Armored Personnel Carriers (APCs) kepada Firma Malaysia iaitu DEFTECH untuk dibekalkan kepada Angkatan Tentera Malaysia.

Perjanjian Awal adalah RM 1.756 Billion dimana firma Turki FNSS akan menjalankan kerja-kerja mereka bentuk, membina dan mengeluarkan sebanyak 257 Armored Personnel Carriers untuk Malaysia.

Namun secara tiba tiba ianya diubah dan sewaktu perjanjian baru itu ditandatangani, Menteri Pertahanan Zahid Hamidi juga meyaksikan perjanjian tersebut, dan jawapan bertulus beliau kepada Tony Pua mengatakan, Kementerian Pertahanan tiada matlumat tentang perjanjian antara FNSS dan DEFTECH, oleh itu soalan Tony Pua bukan dalam pengetahuan Kementerian Pertahanan.

Kenaikan Kos sebanyak RM 6 Billion itu berlaku dalam masa 8 bulan sahaja, walaupun perjanjian tersebut disaksikan oleh Zahid hamidi, namun beliau tidak dapat mengulas mengapa kosnya dinaikkan.

Apa yang berlaku sebenarnya? Kementerian Pertahanan pun tak tahu apa yang terjadi, Mengapa mereka terpaksa bayar lebih untuk benda yang telah ditanda tangani sedangkan ia telah ditandatangani dan apabila ia harga bagi benda yang sama, service yang sama naik, mereka tetap bersetuju dan ikut sahaja.

Dengan bersikap lepas tangan, Kementerian Pertahanan mengambil sikap tidak tahu terhadap perkara ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular