Sunday, October 23, 2011

Himpun : Utusan kaki auta


Akhbar kuat kelentong, Utusan Malaysia terbitan hari ini tak berani menyebut jumlah kehadiran sebenar orang ramai di Perhimpunan Sejuta Umat yang dihadiri tak lebih 5000 orang saja. Cuba anda tengok gambar muka depan akhbar ini. 

Cara gambar diambil seolah-olah Stadium Shah Alam penuh melimpah. Ni la yang dikatakan kaki auta. Putar belit fakta. Dulu sewaktu perhimpunan Bersih, Utusan maklumlan jumlah perserta perhimpunan tak lebih 10,000 orang. 

Tapi kalau majilis yang Dato Najib hadir semua dikatakan jumlah puluhan ribu. Tapi kenapa di stadium semalam Utusan tak berani menyebut jumlah sebenar di muka depan akhbarnya? takut kantoi ke...hahaha....itu tandanya UMNo dan nak sampai tempoh masuk kubur...

'AWAT ORANG MELAYU TAK PI HIMPUNAN HIMPUN'

Sebelum ni saya ada tulis Himpun: Terbukti agama dan politik tak dapat dipisahkan.Hari ini saya ditanya oleh sahabat saya daripada Utara,"Berapa juta orang Melayu hadir himpunan sejuta umat di stadium Shah Alam?" Saya kata ,"lebih kurang 5000 orang Melayu hadir." Beliau kata, "laaa awat banyak tu saja tak macam himpunan Bersih 2.0.Himpunan Himpun dapat permit polis, tidak ada sekatan jalanraya di seluruh negara yang berlapis-lapis,tidak ada operasi bilik ke bilik di sekitar hotel di KL oleh pihak polis untuk cari peserta Bersih 2.0.Awat orang Melayu tak pi himpunan Himpun?"

Saya tidak ada niat untuk perlekehkan himpunan Himpun tapi itulah yang ditanya sahabat saya . - misai merah


Himpunan Sejuta Umat berlangsung dengan penyertaan ‘jauh lebih kecil’

Sebahagian peserta Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam, Selangor 22 Oktober 2011. — Foto Choo Choy May
SHAH ALAM, 22 Okt — Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam, yang penganjur menyasarkan lebih 100,000 penyertaan, terpaksa dimulakan lewat 90 minit dengan kehadiran hanya sekitar 3,000 orang.
Bilangan itu kemudian meningkat secara berperingkat sehingga mencecah sekitar 5,000 orang.
Kempen yang mendapat liputan meluas bagi membincangkan isu khusus mengenai murtad di kalangan Muslim dimulakan pada pukul 3.40 petang - lewat satu setengah jam daripada masa dijadualkan ekoran sambutan dan penyertaan yang dingin.
Acara dimulakan dengan para hadirin dihiburkan lagu-lagu nasyid tetapi terganggu sebentar dengan satu pengumuman mengecam buku kecil bertajuk “Siapa Bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?”
Sekretariat Himpun sebelum ini berkata mereka meletakkan sasaran kehadiran lebih 100,000 kerana mendapat sokongan sekitar 2,000 pertubuhan bukan kerajaan mewakili sekitar empat juta ahli dan pengikut.
Dalam pada itu, Pengerusi Bersama Himpun, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, walaupun bilangan peserta yang hadir jauh lebih kecil daripada anggaran asal, sekitar 5,000 peserta berbanding sasaran asal sebanyak 100,000 penyertaan, perhimpunan itu dianggap berjaya kerana perkara pokok adalah semangat ditunjukkan oleh mereka yang hadir.
“Walaupun peserta yang hadir tidak sampai 100,000, saya anggap perhimpunan ini berjaya,” jelas beliau pada sidang media di akhir perhimpunan.
“Perhimpunan ini bermula dengan aman dan tertib tanpa sebarang insiden yang boleh mencetuskan keganasan, yang penting adalah semangat yang ditunjukkan peserta, umat Islam masih boleh bersatu walaupun terdapat perbezaan dalam perkara lain,” katanya. Pihak Seketariat Himpun telah membuat 10 ketetapan dalam Deklarasi Himpun dan akan diserahkan kepada Majlis Raja-raja Melayu dan pemimpin peringkat negeri mahupun pusat minggu hadapan.
“Deklarasi ini akan diserahkan kepada Majlis Raja-raja Melayu dan pemimpin dari peringkat pusat mahupun negeri bermula minggu hadapan. Sekarang ini kami sedang menunggu pengesahan daripada Penyimpan Mohor Besar bagi memilih waktu yang sesuai kerana kami akan menyerahkan deklarasi terus kepada raja-raja termasuklah kepada Yang di-Pertuan Agong,” jelas beliau yang juga Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras).
Menurut beliau lagi, pihaknya akan memantau setiap tuntutan tersebut sama ada ianya mendapat perhatian daripada pihak-pihak yang dinyatakan dalam deklarasi itu atau tidak.
“Akan ada badan pemantau untuk setiap tuntutan, kami akan melihat sama ada pihak berkenaan serius dan mengambil tindakan ke atas setiap tuntutan yang dibuat,” jelas beliau mengenai langkah jangka panjang yang akan dilaksanakan Sekretariat Himpun susulan perhimpunan di Shah Alam.
Bagi memberikan kefahaman jelas mengenai perjuangan mereka, pihak Seketariat Himpun juga telah membuat keputusan untuk mengadakan pameran kesedaran ke setiap negeri di seluruh Malaysia dalam bentuk “roadshow” bagi memastikan tidak berlaku kekeliruan sama ada daripada penganut Islam sendiri mahupun penganut agama lain.
Azmi turut menjelaskan, kekeliruan yang timbul dalam golongan ini juga menjadi punca Islam dipandang negatif berikutan mereka mendapat kefahaman yaang salah berkaitan Islam.
Mengulas berkenaan ketetapan dalam Deklarasi Himpun, Azmi turut menggesa semua parti bekerjasama dan menghormati perkara berkaitan pemurtadan yang dilihat semakin meruncing sejak akhir-akhir ini.
“Undang-undang pencegahan murtad yang ada sekarang tidak dilaksanakan dengan tegas, oleh yang demikian, Himpun menuntut dimasukkan perkara berkaitan undang-undang yang lebih kukuh ke dalam undang-undang baru yang menggantikan ISA yang merangkumi pemuliharaan Islam dan dimasukkan sebagai perkara utama,” tegasnya lagi.
Tambah Azmi, kesalahan yang dilakukan oleh sesetengah pihak terhadap isu pemurtadan ini adalah apabila mereka mengambil kesempatan ke atas kelemahan-kelemahan yang wujud dalam agensi-agensi berkaitan untuk mendekati golongan fakir miskin dan kemudiannya akan memurtadkan mereka.
Jelas Azmi, musuh sebenar yang diperkatakan Himpun bukanlah datang dari dalam negara sahaja, bahkan juga terdapat luar negara melalui penyebaran agenda Islamofobia di negara-negara Barat yang menjadikan orang Islam sebagai sasaran mangsa konflik keagamaan.
Mengulas pembabitan Datuk Dr Hasan Ali dalam perhimpunan hari ini, Azmi menjelaskan, beliau hadir sebagai individu, bukan sebagai Exco mahupun ahli politik.
“Saya berbesar hati dengan kehadiran beliau, kami hantar jemputan kepada semua, kepada PKR, kepada Umno, kehadiran beliau hari ini bukanlah atas dasar organisasi politik, sebaliknya sebagai individu Islam yang memperjuangkan perkara berkaitan murtad ini,” katanya lagi. - TMI
Akhbar keluaran The New Straits Times Press (NSTP) , salah satu media pencacai setia Umno-APCO siang dan malam akhirnya mengaku Himpunan Sejuta Umat yang diadakan di Shah Alam sebentar tadi, gagal mencapai sasaran menghimpunkan sejuta umat Islam.

Berita Hairan dalam laporan terkini versi internet mengaku membuat liputan secara langsung hanya menganggarkan sekitar 1,000 orang yang hadir, tak cukup lagi enam angka sifar (0) di belakangnya kah kah kah... 
Walaupun menampilkan beberapa personaliti bidan terjun dan bidan tak terjun, matlamat untuk menghimpunkan umat Islam kununnya sedang diasak dengan kemaraan gerakan kristianisasi akhirnya gagal juga. 

Dan tambah mengharukan lagi, Presiden KITA, Zaid Ibrahim dalam mesej di Twitter secara sinis menempelak penganjur Yusri Mohammad, jika tidak mampu untuk mengheret PAS dalam sesebuah himpunan berteraskan Islam, sila cari padang yang lebih kecil. 
Zaid Ibrahim menulis di Twitter dalam entri berbahasa Inggeris membalas berita yang dihantar melalui Twitter The Malaysian Insider yang berbunyi: 

@zaidibrahim @tm_insider good lesson to Dr yusri and Co Next time u want to play up religious issues, check if PAS are with u. If not use small padang 
(@zaidibrahim @tm_insider Pengajaran berguna buat Dr Yusri dan rakan-rakan Lain kali kalau hendak mainkan isu agama, pastikan jika PAS ada bersama dengan anda. Jika tidak gunakan padang yang lebih kecil)

Nak tergelak membaca mesejnya yang dihantar sekitar 12 minit lalu. 


Macam mana Berita Hairan tak kondem, tengok jelah berapa kerat yang datang 


Gambar Bawah : Ni Cara Utusan selamat Akidah Umat

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular