Terasa benar kenaikan harga barang menghimpit ekonomi harian kita. Terutama orang yang macam SM..gaji tak seberapa..tanggungan ramai. Rasanya bukan SM saja malah ribuan di luar sana yang senasib dengan SM, yelah di Malaysia ni berapa kerat saja yang kaya...lainlah kalau macam Tok Najib dan Cik Mah..Cik Mah kaya sejak kecil...menabung sejak kecil hingga boleh beli cincin 2.4 juta...kita ni bukan kata nak beli cincin 2 ribu...tabung ayam yang dok ada tu pun tak pernah penuh-penuh..apa taknya...nak masuk tahun baru je...kena korek..habuan nak beli kasut sekolah dan buku-buku...
Sekarang ni kalau tukar duit RM50 dah tak jadi makna..sikit sana...sikit sini..alih-alih tinggal RM2. Belek beg ditangan..hasil belian 2-3 barang saja. Apa tidaknya kalau dah ayam dah mencecah RM10 sekilo..ikan termenung pun RM8 sekilo...tak termasuk sayur..beras..minyak..cabai..gula..garam..wah!! pening kepala SM dok fikiaq..!
Jengah pula perbelanjaan lain..petrol..persekolahan anak..tambang menambang anak ke sekolah..makan di pejabat...susu anak, pampers, bil air..letrik..telefon..internet...tak termasuk..kasut koyak..sakit demam..kereta buat hal.dan lain-lain perbelanjaan semasa..hai..bukan saja pening malah..boleh pengsan dibuatnya...cukup bulan gaji masuk...seminggu habis licin...
Tapi masalah yang SM sebut tu hanya menyerang spesis yang macam SM saja..tidak termasuk yang kaya raya, jutawan..hartawan..dan macam wan..wan..( tapi bukan tok wan)..kehidupan mereka mewah..ada jet peribadi...ada kereta mewah...keluar negara seperti ke pasar malam saja. Beg tangan silih berganti..owh! bukan yang harga RM50 yang macam SM guna..ini sebuah saja sama harga dengan kereta second hand SM dok guna sekarang. Itu tak termasuk baju....kalau kumpul semua baju SM dan baju kawan-kawan SM pun tak sama nilai dengan sehelai baju mereka...
Kalau SM setiap bulan kelebek bil api bil letrik...membebel juga kat anak-anak kalau setiap satu mencecah RM30...kira banyak dah tu....tapi ada orang tak kisah..penggunaan bil-bil di rumahnya menjejah ratusan ribu..Yelah..'Apa Ku Kisah' semua tu ditanggung rakyat...aircond 24 jam...rumah melebihkan istana...tidak termasuk barangan eletrik yang digunakan...hai..! takkan Tok Najib dan Cik Mah nak guna barang letrik murah macam SM guna..mestilah yang terbaekkkkk...! kalau dah terbaekkkkk...kosnya juga terbaekkkkk..!
Siapa kena tanggung..hermmmmmm...SAPA LAGI ...SM DAN KITA SEMUA-SEMUA LAA!
SM nak ulang lagi..' Apa Ku Kisah'...rakyat nak menderita atau tidak..yang penting tembolok aku penuh dan kenyang..soal hampa...PUNYA PASAI LAA..yang penting..AKU TETAP JADI ORANG NOMBOR SATU DI MALAYSIA DAN MEM AKU JADI ORANG NOMBOR SATU ATAS PADA AKU.
SM kesian.( termasuk dekat diri SM sendiri )...orang-orang susah yang hidup kais pagi makan pagi..kais petang makan petang...( kais malam tu..tak da pulak peribahasanya...mungkin kalau nak kais pun tak nampak..gelap )..orang-orang yang gaji tak seberapa macam SM ni...hidup terhimpit..tetapi terpaksa diteruskan...segalanya perlu dibayar...perlu makan..perlu belanja...hakikat hidup tersiksa...membilang hari menunggu gaji masuk...mengira duit siling bila penghujung bulan...Ini realiti...di sana sini..rakyat mengeluh...kos sara hidup semakin meningkat...
SM..apa nak jadi dengan Malaysia sekarang...apakah kita akan menjadi seperti negara India..yang kaya..terlalu kaya..pemimpin menindas rakyat..polis makan rasuah..rakyat yang susah terus terhimpit..melarat..universiti banyak tapi tiada peluang pekerjaan...ijazah tiada nilaian....
Harga makanan asasi turut meningkat harganya...harga padi tetap rendah..tapi harga beras melonjak....petani tetap susah..tokey beras kaya melana...adilkah...begitu juga nelayan...pertaruhkan nyawa ditengah laut...harga ikan yang diambil tak seberapa..peraih dan penjual dipasar..lebih untung dari mereka...begitu juga nasib penanam sayur dan buah-buahan...walau pun harga barang meningkat namun pengeluar barangan terbabit tidak merasa bahangnya..
Malaysia negara pengeluar kelapa sawit..tapi minyak masak..harganya melambung...bukan tu sahaja..Malaysia juga ada minyak..tapi harga rakyat Malaysia terpaksa menanggung kos petrol yang tinggi.
Memang tak habis kalau kita berbincang kenaikan harga barang sekarang..tapi mentaliti kita kena cerdik dan kehadapan...rakyat kena cerdik berfikir...jangan biarkan mereka menggunakan kita semahu-mahunya.....kita hanya dapat kuah..mereka melantak isinya..
Macam lagu yang dinyanyikan oleh ND La La yang di siarkan di television...' rumah ini rumah kita dik oii...kenapa kita duduk dilantai....kita kena duduk diatas...rumah ini rumah kita dik oii...kenapa kita makan kuahnya..kita kena makan isinya..' ( macam tulah lebih kurang..tak berapa tepat lirik tu )
Kena ambil positif dengan senikata lagu tu...INI NEGARA KITA...KITA ADA HAK MEMILIH SIAPA..JGN BIARKAN ORANG MENGAMBIL HAK KITA..RAGUT SEMAHUNYA..KITA DUDUK DILANTAI..MAKAN KUAH ,ORANG LAIN DUDUK DIKERUSI..MAKAN ISI..
Malaysia ni kaya sebenarnya..adik kakak...tapi kemana kekayaan negara di bawa pergi..kemana aliran wang negara....kalau di Selangor...rakyat diberi air percuma...di Kedah...untung balak semakin meningkat..2011 mencecah RM80 juta...cukai tanah diturunkan sehingga 50 peratus, guru-guru agama dan bidan-bidan diberi sumbangan, anak-anak ke Universiti di beri habuan, skim kafalan RM500 setiap kematian tidak mengira agama, bangsa mahu pun fahaman politik asalkan dia layak mengikut syarat-syaratnya. Perkahwinan beramai-ramai..pasangan diberi intensif RM1000...rakyat merasa hasil kekayaan negeri...ini apa jadi dengan Malaysia..canang saja makmur..kaya...tapi yang kaya bukan negara tapi pimpinan negara UMNO/BN...rakyat kayap...hidup merempat...
Oleh itu...buatlah PERUBAHAN..DONT LET THEY THINK YOU STUPID...KASI TUKAR PRU 13 NI.....KITA TENGOK PULAK...MACAMANA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH..
Orang tua-tua kata..' Tak Kenal Maka Tak Cinta'...maka kenai dan bercinta-cintalah dengan Pakatan Rakyat. kedahla.blogspot.com
No comments:
Post a Comment