Friday, October 28, 2011

Sejak bila KWSP dijadikan sebagai BANK?


Pengurus Besar, Perhubungan Awam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Nik Affendi Jaafar menegaskan pada 1 November 2010, tujuan utama penubuhan KWSP adalah sebagai skim simpanan nasional untuk menyediakan jaminan kewangan kepada ahli semasa persaraan mereka.

Bagi mencapai objektif ini, KWSP sentiasa berusaha memastikan nilai simpanan ahli semakin meningkat bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan persaraan dengan selesa.


Kenyataan beliau itu dibuat berikutan dari tersiarnya satu surat daripada ‘Anita Za’aba’, Klang, Selangor, yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 30 Oktober 2010 berhubung dengan cadangan untuk membolehkan simpanan KWSP digunakan bagi mengerjakan ibadat haji.

Nampak tak??

Seorang penyimpan dalam KWSP mencadangkan agar simpanan KWSP digunakan bagi mengerjakan ibadat haji dan jawapan dari Pengurus Besar dari KWSP ialah cadangan Anita Za’aba itu tidak menepati tujuan ahli mencarum dengan KWSP dan juga bercanggah dengan objektif penubuhan KWSP.

Itu bila penyimpan sendiri memberikan cadangan untuk menggunakan simpanan KWSPnya.. tapi cuba lihat berapa Billionkah yang dipinjamkan KWSP kepada 13 peminjam yang kononnya layak tanpa sebarang jaminan dari Kerajaan..

Laporan yang membuatkan aku tertanya-tanya...

1. Sejak bila pula KWSP diiktirafkan atau diwartakan sebagai BANK ?
2. Sejak bila pula KWSP boleh memberi pinjaman kepada syarikat koprat ?
3. Berapa peratus kah faedah yang dikenakan oleh KWSP kepada peminjam tersebut?
4. Kenapa tidak diberikan kemudahan pinjaman tersebut kepada pencarum pencarum KWSP?
5. Boleh tak KWSP senaraikan peminjam peminjam yang telah diluluskan dan prestasi syarikat tersebut membayar balik pinjaman tersebut ?
6. Bolehkah KWSP senaraikan syarikat syarikat koprat yang gagal membayar balik pinjaman yang telah diluluskan dan berapa kah jumlah NPL tersebut?
7. Apakah cagaran atau jaminan dan siapa kah pihak yang memberi kuasa atau kelulusan pinjaman tersebut?
8. Apakah tindakan KWSP kepada syarikat syarikat yang gagal membayar ansuran bulanan yang ditetapkan ?
9. Apa kah jumlah minima dan jumlah maksimah sesuatu pinjaman tersebut?
10. Kenapa syarikat syarikat tersebut tidak membuat pinjaman terus kepada pihak bank yang berdaftar di Malaysia ? - Anak Sungai Derhaka

*******************

KWSP lulus pinjaman RM55b tanpa jaminan k'jaan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan pinjaman bernilai RM55.1 bilion tanpa sokongan jaminan kerajaan.

Bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati hanya satu daripada 13 peminjam yang layak mendapatkan pinjaman tanpa jaminan tersebut. Peminjam berkenaan diberi pinjaman RM21.3 bilion.

Daripada 12 baki penghutang tersebut, dua daripadanya dikecualikan daripada jaminan kerajaan kerana mereka mempunyai penarafan kredit yang tinggi.

Pinjaman kepada kedua-dua pihak berkenaan berjumlah RM7.3 bilion.

(Penjelasan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 - menyebut kedua-duanya ialah Khazanah Nasional Berhad dan Tenaga Nasional Berhad).

Menurut Laporan Kedua Audit Negara itu lagi, KWSP juga telah meluluskan 15 pinjaman bernilai RM35.69 bilion sehingga 31 Disember 2010.

azlanDaripada 15 pinjaman yang diberikan - menurut laporan itu - dua diluluskan kepada syarikat bukan subsidiari kerajaan walaupun mempunyai jaminan kerajaan - masing-masing bernilai RM1.24 bilion dan RM5 bilion.

(Penjelasan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 - menyebut kedua-duanya ialah Assets Global Network [AGN] dan Valuecap Sdn Bhd.)

KWSP menjelaskan AGN dimiliki sepenuhnya Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan oleh itu, merupakan syarikat subsidiari kerajaan.

Valuecap dimiliki oleh tiga syarikat induk, iaitu Khazanah, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan masing-masing memegang peratus kepentingan yang sama.

Menurut penjelasan itu lagi, Valuecap adalah mirip kepada agensi kerajaan memandangkan dua daripada pemegang sahamnya adalah merupakan agensi kerajaan - Malaysiakini


*****************


KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA


Saya merujuk kepada surat daripada ‘Anita Za’aba’, Klang, Selangor, yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 30 Oktober 2010 berhubung dengan cadangan untuk membolehkan simpanan KWSP digunakan bagi mengerjakan ibadat haji.

KWSP ingin menegaskan sekali lagi tujuan utama penubuhan KWSP sebagai skim simpanan nasional adalah untuk menyediakan jaminan kewangan kepada ahli semasa persaraan mereka. Bagi mencapai objektif ini, KWSP sentiasa berusaha memastikan nilai simpanan ahli semakin meningkat bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan persaraan dengan selesa.

Kelonggaran KWSP membenarkan ahli membuat pengeluaran pra-persaraan seperti perumahan, pendidikan, umur 50 tahun dan membiayai rawatan penyakit kritikal adalah sebagai persediaan persaraan dan untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.

Dalam hubungan ini, sebarang cadangan untuk mengeluarkan simpanan KWSP bagi tujuan bukan persaraan akan menjejas dan mengurangkan jumlah simpanan ahli untuk persaraan mereka.

Oleh yang demikian, cadangan Anita Za’aba tidak menepati tujuan ahli mencarum dengan KWSP dan juga bercanggah dengan objektif penubuhan KWSP.


NIK AFFENDI JAAFAR
Pengurus Besar
Perhubungan Awam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tarikh: 1 November 2010

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular