Sunday, October 23, 2011

Mat Sembab TPM yang pengecut dan tidak bermoral

KUALA LUMPUR, 23 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menjadi pengecut dengan terus menekan anaknya dengan isu mencabul seorang gadis seperti didakwa bloger pro Umno.

Menurutnya, adalah sangat zalim jika Timbalan Perdana Menteri itu terus melakukan demikian terhadap anaknya yang berumur 16 tahun itu dalam keadaan 'mangsa' yang didakwa dicabul itu sudah tampil menafikannya.

"Jika Muhyiddin benci saya sangat, dia boleh buat yang lebih buruk untuk jatuhkan saya melalui politik.

"Namun, Muhyiddin tidak perlu menyertai kumpulan pengecut dengan memfitnah anak saya yang berusia 16 tahun dan meletakkan anak saya sekali lagi melalui pengalaman yang trauma," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno seperti dilapor media yang mahu Guan Eng memberi kenyataan yang kukuh berhubung isu yang dibangkit bloger Umno itu.

Guan Eng sebelum ini telahpun menafikan perkara itu dan dikukuhkan lagi dengan penafian oleh gadis tersebut, Anya Corke bahawa gambarnya telah disalahgunakan tanpa pengetahuannya. (Anya Sun Corke Buktikan Papagomo Penipu Baca SiNi)

Beliau juga menjelaskan tidak pernah menjadi mangsa dalam apa-apa cara oleh anak ketua menteri Pulau Pinang itu ataupun keluarganya.

"Apa pernyataan yang lebih kukuh diperlukan daripada saya apabila saya menafikan dan mengutuk fitnah ini sebagai tidak bertamadun dan sama sekali tidak boleh diterima, tidak berperikemanusiaan," katanya.

Tambah beliau lagi, beliau yakin apa yang menimpa anaknya adalah percubaan bloger Umno untuk menjatuhkannya ekoran urus tadbir yang bersih dan berkesan untuk rakyat di Pulau Pinang.

Mereka selama ini ujarnya menggunakan taktik pembohongan dan politik kebencian, namun apabila gagal, mereka kini mengalihkan senapang mereka pada anak yang masih bersekolah dan tidak berdosa.

"Jika Muhyiddin mahu dilihat sesuai untuk jawatan Perdana Menteri, dia mesti bermoral dan beretika.

"Dia gagal ujian moral dan etika ini apabila menekan seorang anak lelaki berusia 16 tahun yang masih bersekolah dan tidak mempunyai peluang mempertahankan dirinya," katanya. HD 

Baca >> Penipuan Papa Gomo terbongkar Di SiNi


PS.. Apa kata blogger UMNO jika gadis dibawah ni di Ramas ***** hehehehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular