SHAH ALAM, 7 DISEMBER : Tindakan pemimpin Pakatan Rakyat bersama para petani dan pesawah mengadakan demontrasi pada 22 November lalu di sekitar Sekinchan dan Sungai Burung menggesa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar meletak jawatan ekoran penyelewengan wang rakyat telah membuahkan hasilnya.
Ini ekoran tindakan kementerian di bawah Noh semalam telah mula menyerahkan wang insentif peningkatan hasil petani yang tertunggak sejak empat tahun lalu.
Menurut Noh, wang tersebut diambil dari peruntukan tambahan kerajaan yang diluluskan baru-baru ini bernilai RM117 juta
Laporan Ketua Audit Negara 2010 baharu-baharu ini mendedahkan peruntukan kerajaan kepada kementerian tersebut berjumlah RM110 telah hilang tanpa di kesan.
Akibatnya para pesawah tidak memperoleh bayaran yang diperuntukkan di bawah skim inisiatif peningkatan hasil padi sejak sekian lama
Namun anehnya, susulan dari tekanan tersebut, Noh dalam kenyataan medianya semalam mengancam mengambil tindakan mahkamah terhadap media Selangor Kini yang menyiarkan tindakan pesawah yang menuntut beliau meletak jawatan. Sk
No comments:
Post a Comment