KUALA LUMPUR: Pengundi bernama ‘Balai Polis Kerinchi’ antara 91 pemilih pos yang diragui dan mengelirukan yang terdapat dalam senarai daftar pengundi Parlimen Lembah Pantai.
‘Balai Polis Kerinchi’ yang lahir pada 1983 menggunakan kad pengenalan polis RF161872 mengundi di lokaliti Balai Polis Travers dalam Daerah Mengundi Bangsar Baru.
“Ini adalah senarai dari lebih 2000 pengundi pos Parlimen Lembah Pantai yang disemak, tidak termasuk nama pengundi biasa,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen di Lembah Pantai hari ini.
Beliau sebelum ini pernah mendedahkan peningkatan pengundi pos di Lembah Pantai sehingga 1463% menuntut jawapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kononnya mahu melakukan reformasi sistem pilihan raya.
“Tak ada jaminan perkara ini dapat dibersihkan. Mana satu yang final (muktamad), (versi) online atau daftar pemilih?,” soal Nurul Izzah sambil menunjukkan puluhan maklumat bercanggah antara versi dalam talian dengan versi cakera padat yang dikeluarkan SPR.
91 nama yang dikesan itu merupakan pengundi pos baru yang diwartakan ke dalam senarai pemilih bagi suku tahun ketiga 2011.
“Ini masalah serius. Bagaimana sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat? Ia tak bersih dan tak adil.
Mana perubahan sistem yg dijanjikan?, tegas Nurul Izzah.
Selain itu lebih 40 pengundi dalam senarai warta yang boleh mengundi di dua tempat dalam Parlimen Lembah Pantai selain rekod puluhan nama lain yang gagal dipaparkan dalam versi dalam talian berbanding versi cakera padat
“Sepatutnya kalau salah ejaan nama pun dibuang dari senarai, perkara ini ni boleh jadi insiden pada hari pengundian,” katanya. - KeadilanDaily
No comments:
Post a Comment