Rasanya kalau menang loteri RM250 juta pun, saya tidak akan membelanjakannya bermewah-mewah untuk kahwin seorang lagi. Kalau pun mendapat izin untuk memenuhi kuota yang empat itu, saya akan belanja seadanya sahaja.
Malah, sekiranya yang hendak saya kahwini itu adalah selebriti seperti Lisa Surihani, Maya Karin, atau Angelina Jolie – saya kenal dia! – belanja saya biasa-biasa sahaja. Hatta, jika yang bersedia jadi isteri baru saya itu adalah ‘Miss Universe’, saya tidak akan menghabiskan RM15 juta untuknya.
Memang, RM250 juta @ suku bilion itu satu jumlah yang besar. Sebenarnya amat besar bagi kebanyakan orang. Tetapi, menghabiskan RM15 juta hanya untuk satu perkahwinan – tidak kira betapa cantik dan gebu pipinya – adalah satu pembaziran.
Maka tentu sekali orang ramai tersentak, dan marah-marah apabila mendapat tahu bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang tetap tampan pada usia 60 itu, telah membelanjakan RM15 juta untuk berkahwin dengan seorang penyanyi yang tidak terkenal.
Konon, seperti yang didakwa oleh penyanyi tersebut, wang sebanyak itu adalah untuk membeli hadiah perkahwinan, antaranya sebuah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.
Bagaimana pun, apa yang tersebar menerusi beberapa blog itu telah dinafikan, dan Musa sedang menimbangkan kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang menyebarkan fitnah tersebut.
“Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad.
Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya,” kata beliau seperti yang disiarkan media. Saya simpati pada Tan Sri, lebih-lebih lagi pada Puan Sri.
Hairan, mengapa kaitkan Musa dengan artis berkenaan? Untuk membersihkan nama Tan Sri, lebih-lebih lagi untuk melegakan perasaan Puan Sri, pada hemat saya, ada baiknya suami sebenar penyanyi itu tampil menunjukkan diri. Tidak ada apa hendak dimalukan sebab perkahwinan adalah sesuatu yang baik.
Lagi pun orang ramai ingin melihat wajah lelaki itu. Mungkin kita sudah kenal, mungkin juga saudara kita. Siapakah gerangan jejaka berduit-duit yang dengan bangganya membayar RM15 juta untuk kahwin? Adakah dia jutawan balak, jutawan minyak, jutawan kosmetik, jutawan politik, jutawan kroni?.
Entah siapa yang memulakan, sudah menjadi semacam trend masa kini kemewahan perkahwinan diheboh-hebohkan ‘satu Malaya’. Dengan kecanggihan siber, berita dan gambar-gambar kemewahan itu boleh disebarkan seluruh dunia.
Kalau pun betul RM15 juta telah dibelanjakan, dan dihadiahkan sebuah banglo besar, sebuah kereta mewah, wang hantaran RM ratusan ribu, serta barang-barang lain yang semuanya mahal lagi eksklusif, mengapa perlu semua itu dihebohkan kepada umum?.
Ada kemungkinan penyiaran dan penyebaran dalam blog mengenai kemewahan itu hanya untuk bermegah-megah. Tetapi kalau silap-silap gaya boleh pula menimbulkan syak dan fitnah yang bukan-bukan kepada orang ramai.
Orang kita suka bermain angka dan RM dalam perkahwinan. Ada yang menjadikan tarikh-tarikh pelik untuk kahwin. Contoh, 8 Ogos tahun 1988 @ 8/8/88. Konon angka 8 empat kali membawa tuah. Kalau hendak banyak lagi angka lapan, wang hantarannya boleh ditetapkan RM8,888.88 sen. Kalau hendak lagi angka lapan, boleh lakukan akad nikah pada jam 08.08 minit pagi.
Sebab hendak angka yang cantik, ramai orang kahwin pada 9/9/99, juga 10/10/10. Pada tarikh 11/11/11 yang baru lalu ramai pasangan naik pelamin. Ada yang kahwin pada tarikh tersebut menetapkan hantaran RM11,111.11 sen, berserta barang hantaran 11 dulang. Waktu menikah pula ditetapkan pada jam 11.11 pagi, diiringi 11 wakil dari kedua belah pihak.
Kalau diizinkan menambah kuota – manalah tau! – saya hendak kahwin tahun hadapan, iaitu pada 12 Disember, tahun 2012 @ 12/12/12. Wang hantaran saya akan bayar RM12,120.12 sen, atau kalau hendak jimat saya akan tetapkan duit hantaran RM1,212.12 sen!
Saya akan minta dinikahkan tepat pukul 12.12 tengah hari. Undangan dihadkan hanya 1,212 orang. Dan tepat jam 12.12 tengah malam – tidak kira hujan ribut atau halilintar membelah bumi – saya akan dengan penuh semangat masuk ke kamar pengantin.
Rasanya kalau menang loteri RM250 juta pun, saya tidak akan membelanjakannya bermewah-mewah untuk kahwin seorang lagi. Kalau pun mendapat izin untuk memenuhi kuota yang empat itu, saya akan belanja seadanya sahaja.
Malah, sekiranya yang hendak saya kahwini itu adalah selebriti seperti Lisa Surihani, Maya Karin, atau Angelina Jolie – saya kenal dia! – belanja saya biasa-biasa sahaja. Hatta, jika yang bersedia jadi isteri baru saya itu adalah ‘Miss Universe’, saya tidak akan menghabiskan RM15 juta untuknya.
Memang, RM250 juta @ suku bilion itu satu jumlah yang besar. Sebenarnya amat besar bagi kebanyakan orang. Tetapi, menghabiskan RM15 juta hanya untuk satu perkahwinan – tidak kira betapa cantik dan gebu pipinya – adalah satu pembaziran.
Maka tentu sekali orang ramai tersentak, dan marah-marah apabila mendapat tahu bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang tetap tampan pada usia 60 itu, telah membelanjakan RM15 juta untuk berkahwin dengan seorang penyanyi yang tidak terkenal.
Konon, seperti yang didakwa oleh penyanyi tersebut, wang sebanyak itu adalah untuk membeli hadiah perkahwinan, antaranya sebuah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.
Bagaimana pun, apa yang tersebar menerusi beberapa blog itu telah dinafikan, dan Musa sedang menimbangkan kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang menyebarkan fitnah tersebut.
“Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad.
Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya,” kata beliau seperti yang disiarkan media. Saya simpati pada Tan Sri, lebih-lebih lagi pada Puan Sri.
Hairan, mengapa kaitkan Musa dengan artis berkenaan? Untuk membersihkan nama Tan Sri, lebih-lebih lagi untuk melegakan perasaan Puan Sri, pada hemat saya, ada baiknya suami sebenar penyanyi itu tampil menunjukkan diri. Tidak ada apa hendak dimalukan sebab perkahwinan adalah sesuatu yang baik.
Lagi pun orang ramai ingin melihat wajah lelaki itu. Mungkin kita sudah kenal, mungkin juga saudara kita. Siapakah gerangan jejaka berduit-duit yang dengan bangganya membayar RM15 juta untuk kahwin? Adakah dia jutawan balak, jutawan minyak, jutawan kosmetik, jutawan politik, jutawan kroni?
Entah siapa yang memulakan, sudah menjadi semacam trend masa kini kemewahan perkahwinan diheboh-hebohkan ‘satu Malaya’. Dengan kecanggihan siber, berita dan gambar-gambar kemewahan itu boleh disebarkan seluruh dunia.
Kalau pun betul RM15 juta telah dibelanjakan, dan dihadiahkan sebuah banglo besar, sebuah kereta mewah, wang hantaran RM ratusan ribu, serta barang-barang lain yang semuanya mahal lagi eksklusif, mengapa perlu semua itu dihebohkan kepada umum?
Ada kemungkinan penyiaran dan penyebaran dalam blog mengenai kemewahan itu hanya untuk bermegah-megah. Tetapi kalau silap-silap gaya boleh pula menimbulkan syak dan fitnah yang bukan-bukan kepada orang ramai.
Orang kita suka bermain angka dan RM dalam perkahwinan. Ada yang menjadikan tarikh-tarikh pelik untuk kahwin. Contoh, 8 Ogos tahun 1988 @ 8/8/88. Konon angka 8 empat kali membawa tuah.
Kalau hendak banyak lagi angka lapan, wang hantarannya boleh ditetapkan RM8,888.88 sen. Kalau hendak lagi angka lapan, boleh lakukan akad nikah pada jam 08.08 minit pagi.
Sebab hendak angka yang cantik, ramai orang kahwin pada 9/9/99, juga 10/10/10. Pada tarikh 11/11/11 yang baru lalu ramai pasangan naik pelamin. Ada yang kahwin pada tarikh tersebut menetapkan hantaran RM11,111.11 sen, berserta barang hantaran 11 dulang. Waktu menikah pula ditetapkan pada jam 11.11 pagi, diiringi 11 wakil dari kedua belah pihak.
Kalau diizinkan menambah kuota – manalah tau! – saya hendak kahwin tahun hadapan, iaitu pada 12 Disember, tahun 2012 @ 12/12/12. Wang hantaran saya akan bayar RM12,120.12 sen, atau kalau hendak jimat saya akan tetapkan duit hantaran RM1,212.12 sen!
Saya akan minta dinikahkan tepat pukul 12.12 tengah hari. Undangan dihadkan hanya 1,212 orang. Dan tepat jam 12.12 tengah malam – tidak kira hujan ribut atau halilintar membelah bumi – saya akan dengan penuh semangat masuk ke kamar pengantin. - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment