Saturday, December 10, 2011

Selepas 21 Bulan, Baru Zahid Hamidi JEMPUT Pemimpin PR Naik Kapal Selam


Zahid tak ikut Guan Eng menyelam dengan Scorpene

[TVS] GEORGETOWN 9 DIS: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempertikaikan cabaran Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi yang mengambil masa selama 21 bulan untuk menjemput beliau menyelam bersama kapal Selam Scorpene ekoran kapal selam tersebut didakwa tidak boleh menyelam walaupun pembeliannya melibatkan RM3.68 bilion.

Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan bagaimanapun menerima cabaran tersebut dan dijangka akan menyertai Zahid untuk menaiki KD Tun Razak hari ini.

"Saya akan hadir ke LIMA di Langkawi untuk memenuhi cabaran yang dibuat oleh Zahid 21 bulan lalu.Saya telah menerima cabaran itu dengan serta merta tetapi tidak menyangka bahawa saya terpaksa menunggu 21 bulan untuk merealisasikannya. Adakah pembetulan kecacatan teknikal itu mengambil masa begitu lama?

"Ini menimbulkan semula soalan-soalan mengenai kos pembelian kapal selam yang begitu mahal serta keraguan tentang kontrak perkhidmatan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat yang tidak ada sebarang rekod atau pengalaman dalam penyenggaraan kapal selam," ujar Lim.

Menurut Lim lagi, jemputan Zahid itu masih tidak dapat menjawab tentang persoalan sampingan berhubung pembelian kapal selam itu yang menelan kos pembelian sebanyak RM3.68 bilion dan kontrak perkhidmatan atau "komisyen" sebanyak RM534 juta.

Tegasnya lagi, kerajaan perlu mengambil kira isu penting lain seperti penggunaan wang awam sebanyak RM4.214 billion serta isu keselamatan para pelayar TLDM.

Kerajaan juga disarankan supaya semua aspek keselamatan dan penyelenggaraan dilakukan oleh sebuah syarikat yang berpengalaman dan mempunyai rekod prestasi yang baik.

"Rakyat Malaysia masih lagi menunggu jawapan kepada soalan-soalan tentang kos pembelian yang tinggi dan penganugerahan kontrak perkhidmatan yang kini juga terlibat dalam kes saman di negara asing," ujar Lim.

Isu kapal selam scorpene yang membabitkan pelbagai kontraversi menimbulkan perdebatan hangat di parlimen apabila Lim mendakwa kapal selam tersebut tidak boleh menyelam sehingga membawa cabaran Zahid menjemput beliau menyelam bersama kapal tersebut ketika sidang Parlimen 17 Mac 2010 lalu.

Skandal pembelian dua Kapal selam jenis Scorpene yang kini di beri nama KD Tunku Abdl Rahman dan KD Tun Razak menimbulkan pelbagai skandal yang dikaitkan dengan pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shharibu dan rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Altantuya ditemui mati berkecai dipercayai diletupkan dengan peletup C4. Abdul Razak Baginda yang juga didakwa kekasih Altantuya, dibebaskan oleh mahkamah.

Pembelian Scorpene juga dikaitkan dengan syarikat Abdul Razak dengan memperoleh komisen RM534 juta.

P/s: Selepas 21 bulan, macam-macam sudah berlaku! Baiki sana, baiki sini! Berapa banyak agaknya duit dihabiskan untuk tujuan itu? - DCM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular