MUNGKIN Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi merasa bangga kerana akhirnya KM P. Pinang, Lim Guan Eng bersetuju untuk menaiki kapal selam Scoprpene di perairan Pulau Langkawi. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya berada di dalam kapal selam tersebut selama lebih kurang 90 minit. Baca di SINI.
Maka Zahid Hamidi pun berkata, beliau berharap pemimpin Pembangkang tersebut akan menceritakan kebenaran kepada rakyat jelata berkenaan kapal selam berkenaan. Apa yang Lim Guan Eng perlu ceritakan kepada rakyat selepas beliau merasai menyelam bersama kapal selam berkenaan?
Kita ingin memberitahu Zahid Hamidi, isu kapal selam Scorpene ini adalah isu rasuah dan isu komisyen RM 500 juta yang kini masih dibicarakan di Perancis. Rakyat mahu tahu benar atau tidak terdapatnya komisyen sebanyak itu telah diberikan kepada seseorang?
Rakyat juga mahu tahu apa kaitan isu komisyen tersebut dengan Razak Baginda dan kes pembunuhan Altantuya? Semua persoalan ini tidak terjawab dengan tepat dan berfakta walaupun telah dibangkitkan di dalam Parlimen lama dahulu.
Benarkah Altantuya dibunuh secara kejam hanya kerana wanita Mongolia ini sering menuntut komisyen seperti yang dijanjikan kepadanya? Ini lah isu sebenar di dalam pembelian kapal selam Scorpene yang rakyat mahu tahu, bukannya masalah sekarang ini kapal selam tersebut boleh menyelam atau tidak.
Adakah kerana Lim Guan Eng telah memasuki dasar laut dengan kapal selam ini maka isu komisyen RM 500 juta itu akan selesai begitu sahaja? Jika itulah harapan Zahid Hamidi, ternyata beliau silap. Rakyat tidak akan melupakan kisah komisyen yang dimakan oleh pelahab tersebut walaupun kapal selam itu boleh menyelam sehingga ke dasar bumi atau dasar laut merah sekali pun./wfauzdin.blogspot.com
Zahid Hamidi Sengaja Buka Pekung Najib
Isu kapal selam Scorpene dipanaskan semula oleh Zahid Hamidi apabila beliau meminta Lim Guan Eng menaiki kapal selam tersebut.
Selepas menyelam dengan kapal selam KD Tun Razak selama satu setengah jam, Lim menyifatkan pengalaman pertama kapal selam sebagai menarik dan menyeronokkan dan merasa kagum dan memuji tahap profesionalisme pegawai-pegawai dan anggota-anggota TLDM.
"Jika anda masuk ke dalam kapal selam tersebut .. ia adalah ruang yang sangat tertutup. Bagi anggota seramai 32 pegawai dan anak kapal yang berfungsi dan beroperasi dalam ruang yang tertutup untuk tempoh masa yang panjang adalah satu pencapaian yang luar biasa dan mengagumkan".
"Saya berbangga dan menghargai sumbangan wira-wira kita yang berjasa kepada negara dan sanggup berkorban demi kepentingan negara serta profesionalisme mereka tidak boleh dipersoalkan" katanya.
Walau bagaimanapun, beliau mempunyai pandangan yang sangat berbeza pada kos kapal selam tersebut.
"Kita perlu mempunyai kapal selam. Tetapi ada satu perkara yang kita berpandangan berbeza, iaitu kos pembelian tersebut" katanya.
Kita hormati pegawai-pegawai dan anggota TLDM yang menjalankan tugas mereka, dan mereka langsung tidak terlibat dengan skandal pengkhianatan Wang Rakyat ini...
Ada rahsia yang NajibRosmah tak tahu...
Kita semua sudah mendengar skandal pembelian Scorpene yang melibatkan wang “komisyen” rasuah sebanyak RM493 juta, dimeterai oleh Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002. Kes ini sedang berjalan di mahkamah Perancis.
Skandal pembelian ini melibatkan kes Abdul Razak Baginda yang merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang menjadi penterjemah antara pihak Malaysia dan Perancis telah mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam.
Apa motif kedua-dua pembunuh itu… sampai sekarang tak tahu… saja suka-suka kot…
Yang si Zahid sengaja mengajak Lim Guan Eng naik kapal selam tu pasal apa…? Korang ingat si NajibRosmah tu suka ke Zahid buka cerita kapal selam tu balik… mesti ada sebab…
Lu jaga la Najib…… lu punya orang, ramai mau cantas sama lu…. reformisanakmuda.blogspot.com
No comments:
Post a Comment