Monday, December 5, 2011

DARI MODAL INSAN KE MODAL LEMBU

APA sudah jadi kepada Umno? Mana parti yang dirangsang oleh fikiran besar dan idealisme? Mana parti yang dirangsang oleh perjuangan emansipasi daripada belenggu penjajahan fisikal dan minda? Sayang seribu kali sayang, parti tersebut sudah jadi arwah dan sudah ditalqinkan.

Sebaliknya, ucapan yang berapi-api dari pemimpin biasa sehinga pemimpin besar Umno didengar sebagai jeritan nyaring dan kasar pemimpin-pemimpin dari sebuah parti yang lebih mirip kepada kumpulan yang di pimpin oleh Benito Mussolini. Ini suara dari parti fasis!

Ini pandangan saya mengenai Perhimpunan Agung Umno 2011. Ramai sudah pulang ke kampung halaman. Peniaga pun buat ‘cheap sale’ saat akhir. Mungkin ada yang masih tinggal di Kuala Lumpur sebab pemimpin mereka sudah bayar bilik dan beri duit belanja. Ini kelaziman para perwakilan.

Apa sebetulnya yang mahu dicerna selama PAU 2011? Fikiran besar dan pengucapan yang bertanggung jawab? Pengucapan yang mengutamakan kesejahteraan negara keseluruhannya?

Tidak ada benda-benda ini. Yang ada yang dicernakan ialah perkara-perkara yang menyeramkan orang Melayu. Para perwakilan Umno yang disifatkan sebagai askar barisan depan Umno ditanam dengan rasa cemas dan ketakutan. Orang Melayu terancam, mereka tidak selamat, harta benda mereka akan dirampas, kuasa mereka akan hilang, lambang-lambang budaya Melayu seperti insitusi raja akan dibasmikan dan seumpamanya.

Apa objektif cara ini? Pengawalan dan pengekangan ke atas minda bangsa Melayu melalui cerita seram dan takut adalah cara sebuah parti yang fasis (fascist) mengekalkan sokongan dan kuasa. Ia bukan amalan parti yang demokratik. Inilah yang sekarang terjadi ke atas Umno. ‘The rise of Umno fascism’.

Perkara yang paling di fikirkan oleh pimpinan Umno ialah sama ada para perwakilan yang bermukim selama 4-5 hari di KL akan membawa api semangat yang dinyalakan selama mereka berkampung di sini.

Bolehkah rasa cemas yang dicipta selama 4-5 hari tersebut dan cerita-cerita yang menyeramkan mengenai ancaman terhadap bangsa Melayu, agama mereka dan rasa benci yang ditanam, dapat mengekalkan momentum askar-askar barisan depan Umno tersebut?

Pengekalan rangsangan emosi tersebut amat penting kepada pimpinan Umno. Jika api rasa cemas, terancam dan marah jadi pudar, Umno akan berada dalam bahaya. Jika perasaan itu terus membuak-buak, maka Umno ada peluang terus hidup.

Apakah yang akan dilakukan supaya perasaan tersebut dikekalkan? Umno ada Ahmad Maslan untuk menentukan program menanam rasa benci dan ‘siege mentality’ Melayu berterusan. Maslan akan menjaja ke sana sini bagaimana Islam terancam, orang Melayu berduyun-duyun diKristiankan.

Kesemua alatan media pandang dengar dan penulisan akan digemblengkan untuk menanam rasa benci, cemas dan ketakutan di kalangan orang Melayu. Dalam bulan-bulan yang akan datang, kita akan lihat pimpinan Umno akan menjadi lebih bingung, bernada bermusuhan dan rasis.

Semua pemimpin Umno akan mengatakan orang Melayu berada dalam bahaya dan terancam. Musuh orang Melayu, bangsa-bangsa lain diketuai oleh komrad Lim Guang Eng and Lim Kit Siang, disokong oleh Mullah Hadi dan Ayatullah Nik dengan kerjasama dari Gay-Boy Anwar Ibrahim semua sedang berkonspirasi mengambil alih kuasa orang Melayu, merampas segala hak, menghapuskan budaya Melayu dan memurtadkan orang Melayu. Semua wanita akan dipaksa membeli coli RM26 ribu, lembu-lembu di hantar mendiami ‘One Menerung’, atau ‘The Troika’ di ibu kota.

Untuk mengelak ini semua, Umno mesti mengekalkan kuasa mutlak bagi pihak orang Melayu! Kita akan lancarkan projek-projek raksasa untuk meningkatkan kemajuan ekonomi. Kita akan agehkan projek-projek tersebut sesama sendiri supaya kekal di kalangan baka Umno yang tulin.

Apa ini semua? Ini cara kuasa fasis mengekalkan kuasa dan bukan cara negara yang bercakap besar mengenai mewujudkan demokrasi yang terbaik di dunia.

Tapi apa sebenarnya bermain dibenak para perwakilan dan para penyokong Umno yang datang berkelana dan bermukim di ibu kota seminggu yang lalu?

Ada mereka fikirkan dan kisahkan apa yang dibahas dalam dewan? Rasanya mereka tidak kisah pun. Beli belah saat akhir lagi penting. Malam akhir di ibu kota, mesti di manfaatkan semaksima mungkin. Tahun depan, kalau ada rezeki, boleh jadi perwakilan lagi. Kalau Umno tidak jadi kerajaan, PAU mesti diadakan. Masa itu perwakilan akan korbankan mereka yang dianggap telah menyebabkan kekalahan Umno.

Bagaimana kita melihat PAU 2011? Impresi pertama, ialah Umno nampak dalam keadaan cemas. Apabila cemas, perbuatan dan pengucapan kita kurang sopan dan kemas. Al-maklum sahajalah, emosi menguasai pemikiran perwakilan Umno.

Seperti biasa, isu berat tidak mahu dibahas oleh perwakilan. Isu ekonomi apatah lagi- pun ilmu yang dismal. Tak menyerlah bercakap mengenai perkara yang berfakta. Tidak boleh memaki, membangsat, melaknat. Tidak boleh juga hendak mempondan dan membapuk walaupun ada menteri yang di atas pentas itu menteri ‘ow ow’.

Lebih baik bercakap apa yang mahu didengar oleh para perwakilan. Perwakilan mahu dengar negara kita baik, kita pasti menang, kita bersih lagi maksum, Malaysia akan mati tanpa Umno dan sebagainya. Perwakilan mahu dengar kita mempukimak Lim Kit Siang, mempukimak Nik Aziz dan seumpamanya.

Oh ya, tidak lupa juga orang mahu dengar harga coli Shahrizat dan membuat spekulasi besar mana tetek pembahas yang mengatakan colinya pasti lebih mahal, kerana teteknya lebih besar dari tetek Shahrizat. Jadi perbahasan wanita Umno 2011 ini ialah teknik dan cara mengukur saiz coli dan tetek.

Kita jangan hairanlah dengan cakap besar dan bong (kata orang Pahang) para pembahas Umno. Itu semua untuk konsumpsi dalam dewan. Apa hal pula tiba-tiba dengan baiah? Dengan bangganya, pimpinan Umno berkata ini bersejarah kerana kita buat baiah.

Sebetulnya, apabila sudah sampai pada tahap kena berbaiah, itu adalah petanda tidak baik untuk Umno. Sebab ianya bererti dalam Umno sudah tidak ada lagi orang yang boleh dipercayai. Tidaklah salah jika orang mengatakan sifat umum Umno ialah, parti orang tidak boleh percaya lagi.

Baiah apa yang digemburkan oleh Umno? Baiah yang berkesan hanya baiah yang ada gambar Seri Paduka Agung itu. Itulah baiah ahli Umno.

Orang yang tidak faham psikologi orang Umno akan mentafsirnya, sebagai semua sudah kembali normal. Ini jauh dari kebenaran. Yang sebenar terjadi ialah, perwakilan Umno bersidang kali ini dengan rasa cemas. Panik ditunjukkan oleh Ketua Penerangan dan Timbalan Presiden Umno. Mereka bercakap macam orang sudah miring otak.

Tidak masuk akal DAP mahu mengKristiankan orang Melayu sedangkan DAP pun bukan kristian. Apakah orang Melayu ini aqidah mereka terlalu rapuh, sehingga jika ada bangsa lain menjalankan dakwah mereka, maka orang Melayu bersusun-susun murtad?

Jika demikian, amat lemah sekali aqidah orang Muslim di negara ini dan jika aqidah mereka rapuh, yang mesti di persalahkan ialah institusi yang menjaga Islam dan mereka yang menjadi kepala agama Islam. Mengapa hal ini tidak di bahas?

Islam sudah sempurna. Yang tidak sempurna dan mundur ialah kaum Muslim di Malaysia dan majoriti kaum Muslim di Malaysia ini ialah orang Melayu.

Siapakah yang bertanggung jawab kepada orang Melayu selama ini? Jawabnya Umno. Mereka mendakwa merekalah pelindung dan penjaga orang Melayu. Mengaku mesti datang dengan tanggung jawab. Maka jika orang Melayu ketinggalan dalam pelbagai bidang kehidupan, kesalahannya terletak kepada yang mengaku mereka penjaga harga diri dan kepentingan orang Melayu.

Sejak bila peringkat tertinggi Umno pandai berbaiah? Main sumpah-sumpah ini berlaku di peringkat Umno bahagian. Boleh jadi wakil Ngganu kite, suke maing sumpoh sumpoh dok eh? Guana mu jadi gini awang wei? Brayuk mok!

Apabila Umno sudah sampai kepada mesti berbaiah sesama sendiri, maka itu tanda Umno sudah tenat dan sudah tidak mempercayai satu sama lain. Keadaan ini macam orang bertanding pada peringkat jawatan dalam Umno bahagian. Untuk mengelak dari pembelotan, yang bertanding menyuruh pengikutnya, bersumpah pegang Quran dan junjung surah Yassin.

Saya sudah menyaksikan dengan mata sendiri, kesan dari orang yang menjaja agama untuk kepentingan dunia. Ramai yang kecundang, dapat sakit dan ramai pula yang sudah meninggal dunia. Ucapan Timbalan Presiden Umno kali ini mengalahkan ucapan Presiden PAS dengan selingan ayat-ayat Quran.

Saya tanya ustaz yang menghadiri perasmian oleh Muhyidin, dia kata pembacaam Muhyidin tidaklah kemas. Adakah Muhyidin menjaja agama untuk mendapatkan dunia? Sebagaimana yang berlaku kepada tokoh Umno yang menggunakan agama untuk membeli dunia, kesan yang serupa akan melanda Umno.

Sudahkah kita memikirkan kesan negatif akibat bersumpah dan berbaiah dan menjaja agama untuk mendapatkan dunia? Ini sebetulnya bukti, Umno boleh dikalahkan. Pemimpin tidak percaya kepada penyokong. Penyokong sangsi kepada pemimpin. Orang Umno tidak percaya mempercayai satu sama lain. Saat kehancuran sudah hampir.

Di luar dewan, sebaik sahaja sampai ke bahagian masing-masing, mereka akan bersekongkol dengan tauke cina untuk melanun wang rakyat. Dalam dewan bukan main handal menghentam semua orang. Kita semua dah tahu modus operandi mereka. Mereka bercakap terkeluar biji mata, bertegang urat leher memekik agenda Melayu agenda sebenar yang mereka kejar ialah mengisi kantong mereka sendiri dengan wang rakyat.

Ahli Umno dan orang Melayu bukanlah bodoh dan jahil lagi. Mereka tahu banyak perkara; Azeez Rahim yang turut merasa terhina sebab warna kulitnya sama macam kulit Zambry Kadir akan tertawa ke bank dengan kontrak membekal ambulans ke Kementerian Kesihatan. Itu dia dapat secara runding terus.

Reezal Merican akan terus menikmati imbuhan daripada menjadi pemudah cara mengujudkan NFC. Ya tuan tuan, ramai mamat Umno yang terlibat dalam scam membela lembu ini. Sebab itulah ramai yang bermatian mempertahankan isu lembu ini. : SAKMONGKOL AK47

(NOTA : Sakmongkol AK47 adalah nama pena Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. Beliau merupakan bekas Adun Pulau Manis-2004-2008.)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular