JOHOR BAHARU 4 Dis. - Para pengundi diminta supaya tidak memperjudikan masa depan ekonomi negara dengan memilih parti pembangkang yang tidak pernah teruji kemampuannya untuk memegang tampuk pemerintahan, kata Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM).
Setiausaha agungnya, Datuk Syed Hussien Al-Habshee berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) berjaya membuktikan kemampuannya di dalam merangka pelbagai dasar ekonomi dan perniagaan yang baik kepada Malaysia dan rakyat.
"Pembangkang sehingga kini gagal membuktikan kepada rakyat bahawa mereka mempunyai dasar-dasar ekonomi yang berkesan untuk memajukan negara, berlainan dengan kerajaan di bawah BN yang telah terbukti kemampuannya,” katanya kepada Bernama hari ini. - Bernama
kahkahkah ...
kahkahkah ...
kahkahkah ...
tolonglah percaya kepada apa yang diperkatakan oleh Utusan, Perkasa dan Bernama ...
tolonglah, tolonglah, tolonglah ...
kahkahkah ...
ini BUKTI penyelewengan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang..!!!
negeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, - RM12.2 billion, iaitu paling tinggi dalam sejarah negeri.
dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion.
pengurangan hutang yang paling besar - 95 peratus atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011.
berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27 peratus - penurunan yang paling tinggi di Malaysia.
negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik yang mencemar alam.
negeri tunggal dipuji oleh Transparency International atas usaha lawan rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka.
negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan.
negeri pertama melaksanakan dasar pro kebajikan rakyat dengan memberi sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, pelajar Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran one-off sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1000 kepada waris-waris.
mencatat peningkatan bilangan penumpang udara yang tertinggi pada tahun 2010.
menyumbang lebih 60 peratus daripada penerimaan pelancongan perubatan di Malaysia.
kahkahkah ...
kahkahkah ...
kahkahkah ...
lagi pendedahan PENIPUAN Pakatan Rakyat yang menjadi BONEKA di Parlimen ... Pisang Hijau
No comments:
Post a Comment