Sunday, December 4, 2011

Awang Selamat memang celaka...


Nota : Jika benar siapa penceramah tersebut? dimana dan mana bukti rakaman?

Nabi dalam Pas? — Awang Selamat
December 04, 2011
4 DIS — Ada satu lagi ‘kejutan’ tetapi Awang tidaklah terkejut. Seorang penceramah Pas telah menyamakan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat dengan nabi.

Beberapa tahun kebelakangan ini, ada sahaja perkara mengarut didendangkan oleh sebahagian pemimpin dan aktivis Pas.


Kalau selepas ini, jika ada yang mahu menaik taraf pemimpin Pas tertentu sehingga ke tahap tuhan, juga tidak mustahil. Ini semua berlaku kerana pemimpin utama Pas termasuk Nik Aziz menjadi model mereka. Kalau pemimpin selalu cakap mengarut termasuk dalam soal Islam, pasti ada segelintir anak buah juga akan terikut.

Awang cadangkan supaya ada sarjana dan universiti menjalankan kajian terhadap elemen mengarut, terpesong dan percanggahan dari segi Islam, yang telah dilakukan oleh Pas.

Antaranya Tuhan boleh mencarut, dibenarkan bekerjasama dengan syaitan, undi Pas masuk syurga, tak undi Pas adalah jahiliah dan wanita cantik tidak boleh keluar bekerja.

Begitu juga dengan pendirian Pas membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, menobatkan pengganas komunis sebagai wira dalam peristiwa Bukit Kepong dan banyak lagi.

Belum pernah dalam sejarah terdapat parti berlabel Islam yang sampai ke tahap boleh mempertaruh kepentingan Islam selain menghina serta mengkhianati agama sendiri.

Awang berharap sebahagian pemimpin dan ahli Pas yang masih rasional dan meletakkan kepentingan Islam mengatasi segala-galanya, dapat segera membersihkan imej parti itu. Mereka masih boleh menjadi penyelamat Pas, yang kini berdepan dengan krisis keyakinan masyarakat Islam dan orang Melayu.

Mesejnya, Pas tidak boleh kelihatan seperti gerakan yang dipimpin oleh Ayah Pin. Malah berbanding pengamal ajaran sesat itu, kenyataan dan tindak-tanduk pemimpin tertentu dalam Pas, jauh lebih memudaratkan Islam. Ayah Pin masih tahu batas. — utusanonline

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular