SHAH ALAM, 9 NOVEMBER : Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji dengan pemberian minima serendah RM500. Pemberian bonus ini akan diberikan kepada seluruh penjawat awam termasuk kakitangan Kerajaan Tempatan.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 hari ini.
“Bagi meringankan beban sara hidup yang tinggi akibat kenaikan harga barang dan tangga gaji yang tidak seimbang, saya juga ingin mengumumkan bonus sebayak setengah bulan gaji dengan pemberian minima sebanyak RM500 kepada seluruh kakitangan awam di negeri Selangor, termasuk kakitangan Kerajaan Tempatan,” katanya.
Khalid dalam pada itu turut berkata, kerajaan negeri juga akan menambah baik kualiti perkhidmatan kerajaan melalui peruntukan latihan sebanyak RM500 juta.
“Ini tidak termasuk semua kemudahan teknologi yang ditingkatkan serta perbelanjaan mengurus dan penyelidikan,” jelasnya. SelangorKini
RM34.5 Juta Untuk Pembangunan Wanita
SHAH ALAM, 9 NOVEMBER : Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat memperuntukkan sejumlah RM3 juta sebagai Elaun Anak ke Nurseri di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa Ketiga.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 di Dewan Annex, SUK hari ini.
Bajet alternatif yang menggunakan tema Selangorku : Hasil Negeri Untuk Rakyat itu mensasarkan setiap keluarga berpendapatan RM1,000 sebulan diberi elaun penjagaan anak berjumlah RM1,000 setahun bagi setiap anak berusia 12 tahun ke bawah.
“Kerajaan Negeri Selangor juga berhasrat untuk memberi latihan bagi kemajuan wanita dan keluarga melalui peruntukan sebanyak RM500 ribu. Adalah diharapkan melalui seluruh bantuan ini, wanita akan lebih berperanan dalam pembangunan keluarga dan masyarakat,” katanya.
Selain itu, kerajaan negeri juga meperuntukkan RM30 juta di bawah Program Penghakupayaan Wanita untuk membasmi kemiskinan dan keusahawanan sosial dan peruntukan RM1 juta untuk Skim Kesihatan Wanita. SelangorKini
Baca Lagi >>> Bajet 2012 Selangor Peruntuk RM1.6 Bilion, Program MES Diperkasakan
Baca Lagi >>> Bajet 2012 Selangor Peruntuk RM1.6 Bilion, Program MES Diperkasakan
No comments:
Post a Comment