GEORGE TOWN - Kira-kira 50 pemuda Persatuan Pribumi Melayu Malaysia (Perkasa) selepas Solat Fardhu Jumaat tadi melancarkan perhimpunan haram membantah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi perkhidmatan bas percuma, 'CAT Free Shuttle' kepada rakyat dari Weld Quay (jeti) ke Komtar.
Naib Ketua Wira Perkasa, Moh.d Rizuad Mohd. Azudin (bawah) mendakwa langkah pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng itu menindas rezeki kaum penarik beca.
"Guan Eng terlalu banyak berpolitik, bukan buat kerja. Dia penipu. Dia menindas orang-orang Melayu. Dia mengabaikan kebajikan penarik beca," ujarnya dalam nada yang setengah gila di perkarangan Komtar, di sini.
Selain konvoi kira-kira 10 beca, kumpulan berkenaan memakai baju serba kuning yang tertulis "Selamatkan Pulau Pinang, LGE anti Melayu".
Mereka turut membawa beberapa kain rentang menuduh Guan Eng anti Melayu.
Budak-budak yang dipergunakan mereka.
Mereka melaungkan "Lim Guan Eng pondan", "Lim Guan Eng anti Melayu", "Lim Guan Eng penipu" menggunakan pembesar suara mini secara liar walaupun Komtar dikawal sederhana oleh polis serta pihak keselamatan berwajib.
Dalam sidang media lain kemudiannya, Pengerusi Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak (kanan) berkata kumpulan liar tersebut sepatutnya lebih profesional membawa proposal penyelesaian masalah Melayu kepada Kerajaan Negeri.
"Kalau mereka benar-benar menunjangi sosial Melayu, mereka tidak sekadar berdemontrasi secara liar pada hari Jumaat sahaja.
"Kerajaan Negeri bukan tidak membantu Melayu seperti yang didakwa mereka. Malah ada juga perkara yang yang menjadi kesalahan pemimpin Melayu dulu, ditegur oleh Kerajaan Negeri sekarang," ujarnya pada satu sidang media di perkarangan Komtar.
Beliau turut mempersoal kejujuran Perkasa kerana tidak lantang menegur pemimpin Melayu di peringkat negara sendiri di sebalik kehilangan RM52 bilion ekuiti Bumiputera yang dibangkitkan sebelum ini.
Bagaimanapun katanya, Kerajaan Negeri, khususnya sektor perlancongan seharusnya peka dengan masalah kebajikan penarik beca di negeri ini.
Sistem bas percuma Central Area Transit (CAT) dari Jeti Georgetown ke Komtar diperkenalkan pada Februari 2009.
Kemudiannya, kerajaan negeri memperkenalkan Sistem Bas Ekpress Transit Jambatan Pulau Pinang atau BEST dari "Seberang" ke "Pulau" pada 1 Mac lepas.
Menurut Guan Eng, dua sistem bas percuma ini diperkenalkan demi mengurangkan kos hidup pekerja sektor awam dan swasta selain menangani masalah kesesakan trafik pada hari bekerja. Buletin Mutiara
No comments:
Post a Comment