Tuesday, November 8, 2011

Gempaq!!!! Ku Li dan 5 MP Akan keluar UMNO - Dari Blogger UMNO

Selamatkan UMNO?
Dalam satu pameran berita, salah satu blog – selamatkanumno@blogspot.com yang dikatakan hadir untuk menyelamatkan UMNO memaklumkan bahawa 5 MP akan keluar dari BN kerana tidak berpuas hati dengan PM Najib. 

Apa yang tidak mereka puasa hati – sehingga kita tidak diberitahu. Dalam perkembangan sama, beberapa laman web sedang rancak mengatakan Ku Li akan keluar dari UMNO. Adakah Ku Li merupakan langkah awal dari 5 orang MP. Adakah ini tidak memberi kesan buruk kepada kita. Kita perlu disiasat dan mengambil tindakan tertentu agar berita seperti tidak diadakan sekiranya itu palsu. - Dari Blog UMNO Reform

MONDAY, NOVEMBER 7, 2011
5 Ahli Parlimen UMNO bakal lompat parti esok?
Penguasaan Datin Seri "Hajjah" Rosmah Mansor terhadap kerajaan pada hari ini bukan lagi satu perkara rahsia.

Kegilaan isteri Najib terhadap kekuasaan, kemewahan dan publisiti menyebabkan kebenciaan orang ramai bertambah.

Bukan sahaja rakyat biasa membenci Rosmah, akan tetapi ahli-ahli UMNO juga.

Blog Selamatkan UMNO baru saja menerima maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai tentang kemungkinan 5 orang ahli parlimen UMNO akan meninggalkan parti Melayu terbesar ini dalam jangkamasa terdekat.

5 orang ahli parlimen ini dikatakan akan meninggalkan UMNO dan menyertai parti pembangkang. Sebab utama tindakan ini bakal dilakukan berkait rapat dengan kebencian mereka terhadap penguasaan Rosmah dalam kerajaan Najib sehinggakan Malaysia kini seperti milik Najib dan keluarganya.

Jika benar maklumat yang kami terima ini, ahli-ahli UMNO sudah tidak lagi boleh berdiam diri. Sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan parti UMNO daripada dimusnahkan untuk selama-lamanya. - Dari Blog Selamatkan UMNO

Ku Li tinggalkan Umno esok?
ImageKhabar angin bertiup kencang tentang kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) akan meninggalkan Umno esok.

Khabar dari angin turut mengatakan satu sidang akhbar akan diadakan esok, hari Selasa bersamaan dengan 8 November 2011 di kediaman veteran Umno Kelantan tersebut.

Blogger Rocky Bru dan Apanama turut memuatkan tentang khabar angin ini disini dan disini.

Jika benar Ku Li meninggalkan Umno, parti manakah yang akan beliau sertai? Parti dalam Pakatan Rakyat seperti PKR, PAS dan DAP atau Parti KITA (yang dijenamakan semula dari nama asal AKIM)?

Atau Ku Li hanya akan menjadi ahli parlimen bebas dan menggerakkan NGO Amanah yang beliau tubuhkan baru-baru ini?

Jika benar khabar dari angin ini, satu lagi tamparan hebat kepada Barisan Nasional pimpinan Najib-Muhyiddin.

Kita tunggu dan lihat sama ada benar atau tidak khabar yang datang dari angin ini. Dari Blog Amin Iskandar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular