SHAH ALAM – Suruhan-jaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan jumlah peruntu-kan besar akan dibelanjakan bagi mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti berbanding PRU12 iaitu berjumlah RM170 juta sahaja.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR juga menyediakan 200,000 petugas dan turut berlaku penambahan pusat mengundi menjadikannya sebanyak 6,000 serta 22,000 pusat saluran mengundi pada PRU13 nanti.
Menurutnya, SPR telah bersedia untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila masa sahaja kerana melalui pengalaman SPR, kerajaan yang memerintah tidak akan menunggu hingga tahun akhir iaitu tahun kelima untuk mengadakan pilihan raya.
“Menjadi rutin sebelum ini, Parlimen akan dibubarkan tahun keempat dan tiada lagi pilihan raya kecil diadakan selepas tiga tahun tamat pada setiap penggal.
“Walau bagaimanapun ia terletak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ketua kerajaan, ketua parti dan ketua pemerintah. Itu hak dia bila menasihati Yang Di Pertuan Agong,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, SPR bersedia menghadapi pilihan raya kerana 80 peratus kerja-kerja logistik telah selesai seperti peti undi, penentuan pusat mengundi, borang-borang, buku panduan, kaset dan cakera padat serta pembersihan daftar pemilih.
“Sekarang kita sibuk membuat latihan kepada pegawai dan petugas di seluruh negara dan habis bulan Disember nanti, SPR bersedia.
“Selalunya, tahun keempat penggal Parlimen me rupakan tahun pilihan raya tetapi SPR tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan dan saya tidak boleh membuat spekulasi kerana kita buat kerja ikut penjadualan, kita sentiasa bersiap sedia,” katanya.
Wan Ahmad turut memaklumkan bahawa SPR mencadangkan pengundiaan awal bagi anggota tentera dan polis terpaksa membuat satu hari mengundi awal kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
“InsyaAllah, sekiranya pihak jawatankuasa itu yang sedang bermesyuarat sekarang bersetuju cadangan SPR itu, maka ia perkara baru dalam sejarah pilihanraya.
“SPR membuat persiapan ke arah itu, kalau tidak ada masalah, kita akan laksanakan dalam PRU13, kita serah kepada jawatankuasa sebab ada mandat untuk mendengar penjelasan SPR,” katanya.
Menurutnya, itu adalah cadangan penambaikan SPR untuk mengatasi ketelusan proses pengundian undi pos.
“Walau bagaimanapun undi pos ada dan masih diteruskan tapi jumlahnya kecil iaitu hanya pengundi tidak hadir yang daftar di luar negara, kakitangan awam, pelajar dan pasangan masing-masing, anggota tentera yang bertugas di kawasan operasi dan tidak berada di kem.
“Kita mahu pastikan yang mengundi awal ini di dalam jumlah besar kerana jumlah undi pos kecil,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai jumlah daftar pengundi, Wan Ahmad memaklumkan Umno dipuji atas prestasi pendaftaran seramai 21,000 orang dan parti itu paling tinggi mendaftar pengundi pada suku tahun ketiga tahun ini.
“Ia diikuti oleh DAP, Pas, PKR dan Parti Progresif Rakyat (PPP) juga memberangsangkan walaupun ia kecil berbanding Gerakan.
“Pelantikan Penolong Pendaftar Parti Politik (PPPP) satu langkah yang betul kerana ia memang berkesan dan meningkat apabila jumlah senarai pemilih baru melaluinya seramai 65,000 daripada jumlah keseluruhan pemilih baru iaitu seramai 165,000 bagi suku tahun ketiga tahun ini iaitu Julai, Ogos dan September,” katanya.
Beliau berkata, langkah SPR melantik PPPP adalah betul kerana kalau hanya mengharap daripada SPR sahaja menjalankan urusan pendaftaran ia tidak cukup walaupun melalui pusat pendaftara baru, kaunter daftar bergerak, orang tidak akan mendaftar kerana masyarakat menunggu saat akhir.
Wan Ahmad juga menegaskan, rakyat berusia 21 tahun di negara ini yang layak mengundi seramai 16 juta tetapi hanya 12.3 juta sahaja yang mendaftar pemilih baru manakala 3.7 juta tidak mendaftar yang majoritinya adalah Melayu.
“Sebagai menggalakkan pendaftaran pemilih baru, SPR menyediakan 10,000 pendaftar melibatkan PPPP, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Masyarakat, individu yang mewakili institusi pengajian tinggi awam dan swasta, kedutaan-kedutaan di luar negara untuk membantu rakyat mendaftar.
“Kita bayar elaun sebanyak RM1 kepada mereka untuk satu borang pemilih baru,” katanya. SH
No comments:
Post a Comment