Tuesday, November 8, 2011

Video Sidang Media Khas - Ku Li isytihar Keluar UMNO?

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau telah bertindak keluar dari UMNO bagi memberi fokus terhadap NGO yang ditubuh beliau iaitu Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH).

Beliau turut mendakwa spekulasi tersebut tidak benar dan sekadar khabar angin semata-mata. (Baca SINI)

Bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46 ini juga masih yakin terhadap UMNO kerana beliau masih lagi bersama di dalam parti ini.

"Siapa cakap? Kalau saya keluar parti tak perlu cakap dan saya tak ada di sini", kata beliau pada sidang akhbar bersempena kelulusan ROS mendaftar AMANAH.

Turut serta pada Sidang Media tersebut adalah bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir./KLpos.com


Ada pemimpin MCA nak masuk PKR ? Baca Sini

Otai Umno Sendiri Dah Tak Percaya Dengan Najib

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah mahu pilihan raya umum ke-13 hanya diadakan selepas pembaharuan pilihan raya yang dijanjikan Datuk Seri Najib Razak dilaksanakan.

Bercakap pada sidang media hari ini, Tengku Razaleigh (gambar) yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata pentadbiran Najib perlu melaksanakan cadangan pembaharuan pilihan raya selepas jawatankuasa pilihan khas Parlimen selesai menjalankan kajian.

“Kita alu-alukan langkah kerajaan bawa perkara ini ke Parlimen, kita harap kerajaan dalam laksanakan cadangan pilihan raya selepas jawatankuasa ini selesai jalankan kajian. Kemudian baru panggil pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Timbalan Presiden Amanah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata Putrajaya masih mempunyai masa untuk melakukan pembaharuan pilihan raya memandangkan mandat hanya akan berakhir April 2013.

Katanya, sekiranya pembaharuan pilihan raya tidak dilakukan penubuhan jawatankuasa khas itu disifatkan beliau sebagai “main-main dan macam drama.”

“Kami sebenarnya mahukan suruhanjaya diraja tapi jawatankuasa pilihan khas ini tiada masalah, biar mereka siapkan tugas kerana semua wakil parti politik ada di situ.

“Kita masih ada masa, tak perlu nak tergesa-gesa, kalau buat pilihan raya umum ke-13 awal nampak macam ia main-main dan macam drama. Bahkan orang BN (Barisan Nasional) juga mahu pilihan raya umum ke-13 diadakan selepas jawatankuasa selesai jalankan tugas dan pembaharuan dilakukan,” katanya. bloglistpolitik

UMNO dah jadi parti komunis, tiada kebebasan bersuara (Klip Video Di Bawah)

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dilancarkan Julai lalu kerana tidak mempunyai ruang bersuara dalam Umno.

Bagaimanapun kata pemimpin veteran ini, beliau akan terus bersama parti Melayu terbesar itu.

“Masih ada keyakinan (terhadap Umno) tapi saya bersama NGO (badan bukan kerajaan) kerana ada ruang...kalau tiada ruang dalam parti, bagi saya tiada (ruang dalam Umno)...tiada.

“Orang macam saya tidak dapat tempat untuk bersuara, kalau dalam perhimpunan agung pun, nak bercakap perlu dapat kebenaran orang atasan tiada kebebasan tidak seperti dulu,” katanya pada sidang media di sini.

Tambah beliau: “Kalau nak keluar saya dah cakap, buat apa nak buang masa.”

Tengku Razaleigh (gambar) yang mesra dengan panggilan “Ku Li” berkata Amanah yang telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dua minggu lalu akan merancangkan program dan menggerakkan pertubuhan itu secara aktif.

“Kita sudah dapat kelulusan RoS, kita akan gerakkan pertubuhan ini...selama ini kita senyap kerana kita masih belum dapat kelulusan, kita tidak mahu nanti dikatakan pertubuhan haram,” kata presiden Amanah ini.

Sementara itu Timbalan Presiden Amanah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata kepimpinan Umno sekarang tidak seperti pimpinan terdahulu yang mengamalkan prinsip kebebasan bersuara.

“Zaman dulu siapa yang nak bercakap boleh bercakap...sekarang kalau dalam perhimpunan agung nak bercakap pun kena dapat kebenaran, apa yang nak bercakap pun kena dapat kelulusan dan kalau bercakap semua yang sedap didengar,” katanya.

Dalam pada itu seorang lagi timbalan presiden Amanah Datuk Seri Ong Tee Keat berkata sejak melibatkan diri dalam pertubuhan itu banyak tuduhan yang telah dilemparkan kepadanya.

“Ini adalah platform NGO, tidak perlu nak cakap yang bukan-bukan. Sejak dulu saya sudah terlibat dalam NGO dan ia adalah hak saya untuk sertai mana-mana NGO.

“Itu hak saya untuk sertai mana-mana NGO dan ia adalah hak bersuara baik dalam program kemasyarakat atau politik yang mana saya tidak nampak percanggahan,” katanya.

Tambah Tengku Razaleigh, pentadbiran Najib telah melakukan banyak program transformasi namun pelaksanaannya masih tidak menampakkan hasil.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular