Hiasan |
Salam Aidil Adha.
Aku ingat nak tulis pasai sembahyang Raya kat Masjid Kelawei, Penang. Sebabnya, aku nak ucap tahniah kat Masjid Kelawei sebab imamnya seorang anak muda yang baru berumur awal dua puluhan. Rambut panjang lepas tengkok terjulur keluar dari celah serban dan pakai cermin mata Elton John. Bacaannya cukup bagus, khutbahnya cukup lancar dan bersemangat. aku yang tak cukup tidur malam tadi pun tak ngantuk. Kalau sembahyang kat masjid Sauk, mungkin aku terlena.
Tapi bila balik rumah dan baca The Star, aku rasa ada isu yang lebih menarik untuk aku tulis sebab aku sendiri mempunyai pengalaman dalam isu tersebut.
Tahun 99, isteri aku melahirkan anak yang ketiga di hospital Pulau Pinang. Masa tu aku menetap di Cameron Highlands dan bila isteri aku nak bersalin, kami balik ke Pulau Pinang. Bila aku nak daftarkan anak aku yang baru lahir, pegawai pendaftaran yang ada di Hospital Pulau Pinang minta sijil nikah untuk membuktikan itu anak aku. Perghh!! Masa aku nak daftarkan dua orang anak aku sebelum ini…sapa pun tak minta sijil nikah..tapi bila sampai nombor tiga…perlu ada sijil nikah pulak.
Sijil nikah aku tinggal kat rumah di Cameron Highlands..tak kan pasai tu aku kena balik Cameron Highlands? Aku cuba argue dengan pegawai tersebut.."tak kan tak boleh trace dalam komputer dua orang anak aku yang lahir sebelum ini untuk membuktikan anak aku yang baru lahir itu bukan anak haram?"
"ini undang-undang Encik." dia jawab. "Tapi kalau Encik tak boleh bawa sijil nikah..tak ngapa. Kami masih boleh keluarkan sijil lahir".
Aku pun lembut hati. Tak mau nak berdebat dengan dia dan pengawai tu pun keluarkan sijil lahir.
Sijil lahir anak aku berbeza dengan dengan dua yang terdahulu. Tapi aku tak kisah, sebab dua yang terdahulu tu pun berbeza formatnya. Sijil Lahir JPN berubah sepanjang masa. Bila aku tengok sijil lahir anak Aduka Taruna pun lain.
Sijil lahir anak aku yang ketiga cuma ada nama dia "Annisa". Bukan "Annisa binti Afandi" seperti dua yang terdahulu. Tapi pasai ada nama bapa dan nama ibu dalam ruangan yang disediakan, aku tak kisah la. Mungkin sebab computerisation. Klik nama anak…keluar la nama mak dan bapak…tapi aku salah!!
Cuma bila nak buat Mykad baru sedar. Anak aku kena interview panjang lebar sebab depa syak anak aku "anak luar nikah". Cilaka!! Sebabnya…nama dia tak ada "binti." Terpaksa la aku balik ke rumah ambik surat nikah.
Hari ni, keluar dalam The Star. Baru aku tau..rupa-rupanya kalau seseorang anak itu dilahirkan kurang dari enam bulan selepas tarikh bernikah, anak tersebut akan dianggap anak luar nikah. Namanya tidak boleh dibubuh "bin" atau "binti"…walaupun bapanya mengaku itu anak dia.
Come on la. Kalau betul pun anak itu anak luar nikah…yang patut dipersalahkan ialah ibu bapa…bukan anak tersebut. Anak tersebut tak bersalah…yang salah ialah ibubapa…pasai apa anak itu terpaksa menanggung malu atas perbuatan mak bapak?
Sekarang sudah tercipta satu label. Kalau seseorang itu tak ada "bin" atau "binti" dalam Mykad, itu anak haram!!. Dan anak-anak ini akan membawa stigma "anak haram" sampai dia mati. Apa akan berlaku "psychologically" kepada anak-anak ini? Apakah undang-undang yang diluluskan menyelesaikan masalah anak luar nikah…atau mencipta masalah bagi anak luar nikah?
Tapi sebelum menyelesaikan anak "luar nikah" ini, tengok dulu sapa yang mencipta undang-undang yang melabelkan anak "luar nikah".
Undang-undang ini dikuatkuasa mengikut keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. (disini). Aku tak tau tentang undang-undang tapi aku nak tanya siapa yang tau. "Bukankah undang-undang itu dibuat sama ada di Parlimen ataupun DUN? Apakah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan boleh diangkat menjadi undang-undang?"
Keputusan untuk menamakan "bin" atau "binti" seseorang itu kepada "Abdullah" ini telah dibuat sejak tahun 1988! Dan sejak dari tarikh itu, sudah banyak kes dimana nama kanak-kanak yang ber"bin" atau "berbintikan" nama bapa mereka telah ditukar kepada "bin" Abdullah apabila JPN mendapati tarikh lahir mereka kurang dari enam bulan dari tarikh ibubapa mereka berkahwin. Bayangkan kalau seseorang budak itu mempunyai nama yang berbinkan nama bapa mereka dalam sijil lahir, tapi berbin kan "abdullah" dalam Mykad. Pernahkah para Mufti yang mengeluarkan fatwa ini memikirkan tentang "emotional breakdown" yang akan dihadapi oleh budak ini?
Macam mana kalau anak-anak ini mahu berkahwin tapi apabila tiba masa akad nikah, bapa sendiri tak boleh mewalikan anaknya? Boleh tak hangpa bayangkan macam mana malunya dua keluarga ini?
Apakah undang-undang ini mengekang masalah sosial…ataupun menyumbang kepdaa masalah sosial? - MSK
No comments:
Post a Comment