(Gambar sebelah ialah contoh bagaimana seekor lembu akan melepak di dalam sebuah kondominium)
Alasan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa kondominium yang dibeli oleh Syarikat National Feedlot Corporatian (NFC) untuk tujuan pelaburan, adalah tidak masuk akal, kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Khairy bahawa bayaran sebanyak RM9.8 juta itu dibuat supaya National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.
“Alasan membeli kondominum sebagai pelaburan sementara menunggu projek itu berjalan adalah tidak masuk akal,”
“Kalau kerajaan sudah tiada duit untuk bangunkan ladang satelit yang terbantut, kerajaan (sepatutnya) mengambil kembali duit tersebut tapi kenapa beri duit itu untuk membeli kondominium,” kata Rafizi pada Keadilan Daily.
Semalam KEADILAN mendedahkan NFC yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil membeli kondominium tersebut di Bangsar yang direkodkan sebagai sebahagian hutang oleh NMLC.
Menurut Rafizi lagi jawapan yang diberikan Khairy tidak profesional dan terlalu emosi.
“Jawapan dia (Khairy) terlalu bersifat peribadi dan terdesak. Saya kesal dengan tindakan beliau yang terlalu emosi dalam kenyataannya,” katanya yang akan memberi respon lanjut pada Isnin depan.
Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan NMLC, yang juga dipunyai Shahrizat, berhutang sebanyak RM83 juta walaupun kegiatan NMLC hanya untuk tujuan pemasaran daging.
KEADILAN mendakwa jumlah sebesar itu sudah tentu datang dari pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC.
Ia menimbulkan persoalan sama ada pinjaman RM250 juta yang khusus untuk pembangunan pusat fidlot telah diselewengkan ke syarikat-syarikat lain yang dimiliki keluarga Shahrizat Jalil. ASD
No comments:
Post a Comment