Tuesday, November 8, 2011

NAJIB dpt Haji Ekspress, MUFTI PERLIS PERTIKAI?

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

 Mohd Najib Tun Razak 

Selamat Hari Raya Aidil Adha kpd semua Umat Islam di Malaysia dari Mina. Alhamdullilah urusan haji kami sudah selesai.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi

Saya mengharapkan Menteri Agama, Jamil Khir dan Jakim memberikan penjelasan terhadap kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya ini kerana ianya melibatkan kepentingan Haji Perdana Menteri kita dan 'Wanita Pertama' kita yang sangat di'sayangi' ini. Jangan nanti haji mereka terjejas hanya kerana tiada teguran dari Menteri Agama dan Jakim.

Kita semua mahukan Haji Najib dan Hajjah Rosmah selesai mengerjakan haji dengan sepenuhnya tiada cacat celanya. - ML

Haji mardud, haji jelek dan haji tayang
Tak berapa hari lagi Haji Najib dan Hajah Rosmah Mansor akan pulang daripada Mekah .Kita akan tengok sama ada bini Najib yang kontroversi dengan barangan mewah akan menukar cara hidupnya.Adakah hajah Rosmah akan menutup kepalanya supaya tidak nampak jambul macam jambul Shahrizat Ketua Wanita Umno.

Tu bini PM Najib. Bagaimana pulak dengan Najib sendiri. Najib kata beliau dah selesai tunai ibadah haji laporan TMI pada 6 November tarikh kalendar Islamnya ialah 10 Zulhijjah. Betul ke dah habis ibadah haji pada tarikh 10 Zulhijjah? Bagaimana dengan acara melontar atau baling setan dengan batu kecil di tiga jumrah.Ini adalah perkara wajib dalam ibadah haji. Mungkin Najib terlupa atau ingat -ingat lupa.
Apa pembaharuan Najib akan buat bila pulang daripada Mekah?Takkan tak ada perubahan.Kalau takat berubah pakai kopiah putih saja tanpa lakukan tuntuan rakyat maknanya tak ada apa yang mengubah Najib sewaktu berada di Mekah.

Semalam saya tengok astro oasis dok tayang gambar Najib dan Rosmah di Mekah dalam pakaian ihram wow! orang kampung tengok habis cair la semua pakat kata baguih sungguh PM kita ha ha.Jangan dapat haji tayang-tayangan sudah la.

Pm Najib bila pulang saja daripada Mekah selepas baling setan tolong umumkan bahawa 8 tuntutan rakyat dalam pru akan ditunaikan.Ini penting kalau tidak jika Najib umumkan pru akan diadakan tanpa tunaikan 8 tuntutan maka Najib lagi sekali akan berhadapan dengan gelombang kebangkitan rakyat kali ketiga untuk bersihkan pilihanraya.Rakyat akan ke jalanraya bukan lagi pilihanraya.Jangan cakap flip-flop macam mau hapuskan pendidikan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pakat lawan bertelagah yang rugi budak-budak sekolah.Sekejap nak hapus sekejap nak teruskan.Ni yang rakyat mau haji Najib;

Haji Najib juga kena selesaikan hutang kerajaan pusat kepada Kelantan dalam isu tuntutan royalti minyak yang kini terpaksa dibicarakan di mahkamah.Terengganu, Sabah-Sarawak dapat royalti tapi Kelantan yang 99 peratus orang Melayu Islam dianiaya daripada dapat hak mereka.

Rakyat sedang menunggu-nunggu ole-ole daripada haji Najib tapi bukan ole-ole buah kurma, biji tasbih, jubah dan kain serban tapi rakyat mahu haji Najib tunaikan kehendak rakyat yang cukup mudah.

Jangan sampai orang kata PM Najib dapat haji mardud, haji jelek atau haji tayang-tayangan sudahla.Tunaikan kehendak rakyat pembayar cukai yang membayar gaji semua menteri , ahli parlimen,adun tak kira parti apa pun semua makan duit rakyat.Jangan buat-buat lupa isyaAllah dapat haji mabrur! - MISAIMERAH

Najib dan Mah Main Dam Aji atau buat HAJI?? .. Klik SINI


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular