Wednesday, July 20, 2011

UMNO-BN mahu ikut kata DAP?

Apabila kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat melaksanakan usaha http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/05/dap.gifkebaikan dan keadilan untuk semua kaum dan agama, ia sudah tentu akan mendedahkan kelemahan dan kepincangan UMNO dan Barisan Nasional.

Untuk menutup kegagalan sendiri, maka UMNO-BN melalui media kawalan mereka cepat-cepat menabur fitnah untuk memperlekehkan kejayaan Pakatan Rakyat. Melalui propaganda adu domba, perencanaan mereka sama saja seperti fitnah zaman Perang Dingin.


Kepada orang Melayu dikatakan “PAS ikut kata DAP”; kepada orang bukan Melayu dikatakan “DAP ikut telunjuk PAS” – semuanya dengan hasrat supaya rakyat yang mereka anggap tidak faham atau tidak mempunyai akses teknologi maklumat akan terus merasa takut dan bimbang.

Yang terbaru adalah isu kerajaan negeri Pakatan Kedah pimpinan PAS yang memperjelaskan keputusannya membenarkan pusat-pusat hiburan beroperasi di negeri itu sepanjang bulan Ramadan untuk orang bukan Islam sahaja.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang: “Orang UMNO buat peraturan orang Islam boleh masuk tempat maksiat, tempat judi. Kita buat pembetulan supaya pengendali pusat hiburan di kalangan orang bukan Islam buat peraturan agar orang Islam tidak boleh masuk.”

Benar sekali penjelasan beliau kerana dalam kesibukan media kawalan UMNO-BN menabur fitnah, mereka tidak sedar bahawa negeri-negeri pimpinan UMNO telah membenarkan orang Islam masuk keluar pusat-pusat hiburan pada setiap masa, termasuk pada bulan Ramadan.

Seperti mana yang menjadi budaya UMNO-BN, kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat-buat nampak, media kawalan pemerintah pusat terus cuba membohongi rakyat.
UMNO-BN tidak peduli tentang usaha dialog antara kaum serta agama. Sedangkan Pakatan Rakyat sentiasa cuba mencari jalan tengah untuk memastikan keadilan dan kebenaran diamalkan bersama untuk kepentingan semua rakyat.
Sebagimana yang dicadangkan oleh Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik, kerajaan negeri perlu mewujudkan satu badan pemantau jika ia mahu memastikan orang Islam tidak masuk ke pusat hiburan selaras dengan penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
“Undang-undang boleh digubal, tapi kalau tidak buat penguatkuasaan atau pemantauan, macam mana? Kita juga tidak mahu orang Islam masuk pusat hiburan dan kita juga mahu orang Islam sendiri menghormati agama mereka,” katanya.

Daripada memfitnah PAS dan DAP, kerajaan UMNO-BN patut melihat cermin dan bertanya kepada diri sendiri, apa yang akan dilakukannya kepada pusat-pusat hiburan di Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak pada bulan Ramadan ini?

Adakah ia akan menutup semuanya dan menghalang hak orang bukan Islam untuk memasukinya, atau ia juga mahu “ikut telunjuk DAP” dengan membenarkan hanya orang bukan Islam memasuki premis-premis berkenaan? – Roketkini.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular