Friday, July 22, 2011

Kita Jumpa di Mahkamah - Mat Sabu

Kita cabar Polis dakwa Mat Sabu, aku pun tak mau pemimpin penipu...

Polis: Mat Sabu akan didakwa buat tuduhan palsu

Polis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan,” katanya.

Video berkenaan menunjuk sebuah Land Rover mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

"Menurut siasatan kami, Mat Sabu cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Kami tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda. Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya,” katanya.

Mat Sabu semalam menafikan beliau berlakon dan berkata skru sepanjang 2.5 inci terpaksa dimasukkan ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

Setuju dengan saranan ini (shahudin) 


Video Polis Tidak Menunjukkan Wajah Mat Sabu


Yang menjadi persoalan ialah wajah Mat Sabu tidak dipaparkan dalam video itu. Cuma yang kelihatan dua orang menunggang dan membonceng motorsikal sahaja. Bagaimana polis mengatakan orang itu ialah Mat Sabu dan rakannya?

Sementara itu  Mat Sabu enggan mengulas kenyataan polis yang mendakwa beliau membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya pada perhimpunan BERSIH 9 Julai lalu laporMalaysia Kini.

"Saya tidak mahu menjawab apa-apa... Tunggu kita saman di mahkamah," katanya melalui satu kiriman SMS lewat petang ini.

Ditanya bila tindakan itu akan diambil, Mohamad menjawab: "Kena tanya peguam Hanipa Maidin".
NONEPolis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, dilaporkan berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan,” katanya sewaktu tayangan video berhubung perhimpunan itu.

Mohamad mengalami kecederaan dengan ligamen lutut kanannya terkoyak sehingga memerlukan menjalani pembedahan. Berikutan itu, doktor telah memasukkan skru sepanjang 2.5 inci di bahagian pelipat lututnya. Mohamad juga menafikan bahawa beliau berlakon untuk meraih simpati di atas kejadian yang menimpanya. 

P/s: Aduhai! Tampaknya Mat Sabu "saja-saja" suruh doktor masukkan skru di bahagian lututnya. 


JIKA BENAR, MENGAPA MOTOR MAT SABU MELANGGAR BAHU JALAN?

SEMALAM di kaca TV, dengan penuh bangganya Polis menunjukkan rakaman video CCTV yang kununnya menggambarkan Polis tidak bertindak ganas kepada para peserta Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul lalu. Sebelum ini, kita dihebuhkan dengan berita bahawa para peserta perhimpunan yang telah ditahan pada ketika itu diberi makanan mewah iaitu bajetnya RM 25 satu kepala.

Akhbar Sinar hari ini memetik bahawa Polis berkemungkinan akan mendakwa Timbalan Presiden PAS, Muhamad Sabu kerana kununnya beliau menipu apabila mendakwa pihak Polis telah melanggar motorsikal yang dinaikinya sewaktu perhimpunan. Pihak Polis mendakwa, rakaman CCTV menunjukkan motor yang dinaiki oleh Muhamad Sabu telah melanggar `bahu jalan' dan kemudiannya melanggar bahagian `fender' sebelah kanan kenderaan Polis.

Saya amat bersetuju agar pihak Polis mendakwa Timbalan Presiden PAS tersebut dan sememangnya Muhamad Sabu amat berharap untuk berjumpa dengan pihak Polis di mahkamah. Bahkan, dikatakan bukan sahaja Muhamad Sabu yang mahu agar peristiwa semasa di Perhimpunan BERSIH 09 Jul lalu dibawa ke mahkamah, malahan ramai lagi yang akan berbuat demikian. Sehinggakan soal bajet RM25 satu kepala pun mungkin akan dibawa ke mahkamah kerana kita pelik begitu `mewah'nya peserta-peserta yang ditahan itu makan sewaktu di dalam tahanan. Kita mahu tahu siapakah yang diberi kontrak untuk membekalkan makanan `semewah' itu dan adakah memangnya berpatutan dengan harga tersebut?

Saya tidak peduli sangat samada Muhamad Sabu melanggar `bahu jalan' atau terlanggar kenderaan Polis. Saya cuma ingin tahu mengapa motosikal yang dinaiki oleh beliau boleh terbabas sedemikian rupa? Ertinya, sudah tentu ada sesuatu yang membuatkan haluan motosikalnya terbabas, jika benar ianya terbabas. Adakah ada sesuatu cubaan untuk melanggarnya atau menakutkannya? Dan, mengapa perlu berbuat demikian?

Sekali lagi kita mahu bertanya, seandainya Perhimpunan BERSIH 09 Jul yang lalu diberikan permit dan dikawal sebaik mungkin di Stadium Merdeka, adakah akan terjadi semua peristiwa seperti ini? Perlukah ada kecederaan sehingga ada yang maut? Perlukah 11 doktor di Hospital yang mendakwa kawasan Hospitalnya disembur sanggup membuat akuan bersumpah bahawa Polis telah melanggar etikanya? Perlukah juga Kerajaan berbelanja puluhan ribu ringgit untuk makanan para peserta perhimpunan yang ditahan dan juga belanja membekalkan segala bahan kimia cecair mahupun gas?

Ini semua berlaku kerana sifat angkuh pemerintah yang merasakan rakyat boleh diperbodohkan sepanjang masa. Hak yang termaktub di dalam Perlembagaan di bawah Perkara 10 tidak lagi didaulatkan. Sejak awal lagi sebelum perhimpunan tersebut kita sudah nampak mainan mereka untuk menggambarkan BERSIH ini seolah-olah kumpulan `subversif' atau Komunis. Akhirnya kita telah membuktikan siapa sebenar yang bersikap sedemikian.

Percayalah, tayangan video atau CCTV samada benar atau tidak tidak lagi dipersoalkan oleh rakyat. Kita hanya mempersoalkan mengapa hak kita untuk berhimpun secara aman dinafikan? Mengapa terlalu takut dengan `KUNING' ? Adakah kerana BERSIH cuba memperjuangkan keadilan di dalam sistem pilihanraya, maka itu suatu dosa besar? Cuba sebut, fahaman Komunis mana yang suka pada pilihanraya apatah lagi mahu membersihkan sistem Pilihanraya? Jangan cuba untuk memperdaya rakyat dengan rakaman video atau CCTV sepertimana rakaman video seks hitam putih itu. Rakyat juga ada maklumat selain dari maklumat yang kamu paparkan itu. /wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular