Wednesday, July 20, 2011

Bukti tindakan polis/BN sama dengan kekejaman YAHUDI


“Polis Malaysia dengan arahan Umno sememangnya berniat melakukan kecederaan serius terhadap semua peserta Bersih. Malangnya, perancangan jahat mereka tidak berhasil kerana ia memakan diri,” - Shuhaimi
Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih, didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin. 

Ia sekaligus mengesahkan kekejaman BN yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meniru pendekatan tentera zionis bagi mendatangkan kecederaan kepada rakyat yang menentangnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata demikian mengulas laporan Suara Keadilan edisi terbaru, yang mendedahkan bahawa FRU menggunakan kanister tersebut untuk menyerang peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Kanister mengeluarkan gas jenis CS itu dikeluarkan syarikat Combined System Inc dari Amerika Syarikat yang berupaya menyebabkan kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit. Ia pernah meragut nyawa seorang warga Palestin, Jawaher Abu Rahmah dari Kampung Bil’in pada 1 Januari 2011 akibat terhidu gas berlebihan yang dikeluarkan kanister itu.

Sebelumnya pada April 2009, abang Jawaher, Baasem Abu Rahmah juga mati akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata itu di bahagian dada. Pendedahan itu dilakukan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya yang mendakwa syarikat Federal Laboratories berpengkalan di Amerika Syarikat, pernah disaman berikutan penyalahgunaan gas pemedih mata yang sama pada 1992.


Ia menyebabkan syarikat itu terpaksa membayar pampasan kepada 30 keluarga Palestin. Menurut Shuhaimi, beliau tidak terkejut dengan pendedahan itu kerana polis yang diperalatkan Umno akan menggunakan apa sahaja termasuk meniru pendekatan tentera Israel menzalimi rakyat Palestin.

“Kita memang tidak terkejut. Dari awal lagi (kita tahu) mereka akan guna kekerasan yang boleh mendatangkan kematian (kepada peserta himpunan),” katanya. “Mereka akan guna apa-apa sahaja cara, termasuklah ilmu yang diajar APCO untuk memusnahkan kebangkitan rakyat,” kata Shuhaimi.

Katanya, ia bukti kelakuan ganas polis terhadap demonstran Bersih pada 9 Julai lalu sememangnya disengajakan untuk mendatangkan kecederaan kepada warga Malaysia yang menuntut reformasi pilihan raya.

“Polis Malaysia dengan arahan Umno sememangnya berniat melakukan kecederaan serius terhadap semua peserta Bersih. Malangnya, perancangan jahat mereka tidak berhasil kerana ia memakan diri,” kata Shuhaimi./kd -Addin

Apa wajarnya layan pendemo Bersih 2 dengan M-16 ?


Bersih 2 itu umpama negara memerangi komunis kah ?


Saya masih ingat buku sejarah itu. Ini kerana saya juga membacanya. Ia buku wajib baca. Katanya Parti Komunis Malaya (PKM) dikatakan didominasi oleh orang cina, membunuh banyak polis atau tentera yang berbangsa Melayu. Tetapi banyak ahli PKM terdiri daripada orang Melayu tidak dinyatakan dalam sejarah tingkatan dua. PKM juga dikatakan mereka ialah golongan yang anti-agama. Komunis sama dengan Orang Cina, yang anti-agama.

Pada masa yang sama, Orang Melayu juga dibina sebagai orang Melayu mesti beragama Islam, Orang muslim ialah Orang Melayu. Ini juga persepsi yang dibina sejak dulu. Di Malaysia, terutamanya masyarakat Cina, apabila seorang cina memeluk Islam, dia akan dianggap sebagai menjadi Orang Melayu. Sebenarnya banyak orang muslim bukan orang melayu, banyak muslim ialah orang cina yang sentiasa dipandang berbeza, begitu juga banyak orang Melayu di Bali beragama Hindu, banyak orang Melayu di Filipina beragama kristian.

Sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, diracun oleh surat khabar yang sentiasa memainkan sentimen bangsa dan agama, apabila rasa diri akan diancam oleh komunis yang berimej orang cina dan anti-agama wujud di Malaysia, lalu menimbulkan ketakutan atas kedudukan orang Melayu dan Islam yang dimainkan oleh surat khabar setiap hari, maka strategi kuno sering digunakan. 

Maka UMNO akan keluar secara tiba-tiba menjojolkan diri. Seperti kepala kura-kura yg keluar dari tempurung. Atas kata memperjuang untuk bangsa, agama dan negara, ia turut mengeronyok bersama  Perkasa yang tidak lain untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Slogan pun di'nyanyikan'. Slogan untuk mendapatkan sokongan tetapi menjurus meniup api perkauman.

Dengan menimbulkan situasi yang tidak aman, ini adalah satu alasan yang baik untuk lakukan tangkapan yang haram. Ini bukan kali pertama berlaku. Pada tahun 1987, operasi lalang, banyak orang yang ditahan dibawah ISA dan dilabel sebagai “menyebar ideologi Komunis” dan sebagainya. Lalu untuk apa M16 digunakan disaat semua peserta yang hadir hanya mebawa garam dan air mineral ? Biarpun tiada tembakan dilepaskan. Aneh !! - albanjarionline


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular