KOTA BHARU: Pengacara dan pelawak, Salih Yaacob, 48, bersama empat isterinya akan diberi anugerah oleh Kerajaan Kelantan kerana menjadi contoh keluarga berpoligami yang mampu menguruskan rumah tangga dengan baik mengikut hukum Islam.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita 2011 sempena Kelantan Cheng Ho International Food Festival 2011 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, semalam.
Wan Ubaidah berkata, anugerah itu sebagai tanda penghargaan kerajaan Kelantan kepada Salih dan empat isterinya kerana mempunyai satu ikatan kekeluargaan kukuh walaupun hidup berpoligami.
Katanya, anugerah itu diharap menjadi suntikan semangat kepada suami dan isteri lain supaya mengamalkan cara hidup bertolak ansur dan harmoni seperti diamalkan keluarga Salih.
“Anugerah itu akan diberikan kepada Salih dalam tempoh terdekat ini, tetapi kita belum kenal pasti lagi jenis anugerah akan diberikan.-hmetro / Tuk Kiyai
No comments:
Post a Comment