1,800 pengundi 'hantu' dilongok di Bukit Panau. Apa kata SPR?
TANAH MERAH, 21 Julai: Ketika dipamerkan senarai Daftar Pemilih Induk (DPI) suku akhir tahun lepas lebih 100 pengundi tidak dikenali dibantah di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Panau.
Namun ketika dipamer senarai pemilih baru suku pertama tahun ini lebih 100 orang yang dibantah itu masih kekal pada Daftar Pemilih Tambahan.
Ketika perbicaraan diadakan di hadapan pengadil dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Mei lalu sekali lagi pemilih berkenaan dibantah.
Senarai pemilih yang dibantah itu belum dapat dipastikan lagi memandangkan senarai daftar baru suku kedua dijangka dipamerkan pada 27 Julai hingga 2 Ogos ini.
Persoalannya siapa yang mengekalkan pemilih terbabit, sedangkan ketika perbicaraan mereka tidak datang.
Difahamkan mengikut prosedurnya pemilih yang dibantah boleh merayu dan sekiranya dipersetujui pengadil senarai namanya dimasukkan kembali.

Adun Bukit Panau, Abdul Fattah Mahmood (gambar) mendedahkan pemilih yang telah lama dibantah dijelma kembali dalam senarai pemilih baru di Bukit Panau.
”Mengapa pemilih yang dibantah disenaraikan kembali. Ini menimbulkan banyak persoalan,” katanya di sini malam tadi.
Beliau ditemui selepas majlis makan malam amal Pemuda PAS Tanah Merah di Dewan Majlis Daerah Tanah Merah. Program itu dihadiri Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Hadir sama Adun Kemahang, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustafa, Ketua Pemuda PAS Tanah Merah, Hisham Fauzi serta wakil kaum India dan Cina.
RM18,000 kos bantahan
Menjelang pilihan raya umum 2004, Dun Bukit Panau dilonggok seramai 1,800 pemilih baru yang tidak dikenali.
Pada proses perbicaraan yang diadakan ramai tidak hadir. PAS terpaksa membelanjakan kira-kira RM18,000 sebagai kos bantahan tersebut.
Setiap seorang yang dibantah perlu dibayar sebanyak RM10 oleh pembantah.
Wang deposit bantahan tersebut tidak dikembalikan biar pun pembantah menang pada perbicaraan dikendalikan di bawah SPR.
Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri juga mengesan lebih 300 orang tidak dikenali pada senarai pemilih baru suku pertama tahun ini di Dun Gual Ipoh.
Dan ketika proses bantahan dikendalikan SPR pada Mei lalu pemilih tak dikenali itu tidak hadir.
”Saya bimbang Dun Bukit Panau dan Gual Ipoh menjadi tempat longgokan pengundi luar bagi membolehkan pihak lawan menang mudah.
”Usaha tersebut dilakukan secara terancang menjelang pilihan raya umum 2004, namun hasil kerja keras jentera pilihan raya PAS menyebabkan pemilih tidak dikenali dikeluarkan,” ujar Abdul Fattah yang juga anggota Exco kerajaan negeri.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yusoff berkata, jentera PAS terpaksa bekerja keras bagi memastikan senarai pemilih tambahan yang dipamer tidak mempunyai pemilih tidak dikenali.
Katanya, apa yang berlaku di Bukit Panau menjelang PRU 2004 mencatat sejarah apabila begitu ramai pemilih tidak dikenali dilonggok di Dun berkenaan.
Nasihat bekas pengarah
Bekas Pengarah SPR Kelantan, Abdul Rahim Salleh mengingatkan jentera pilihan raya PAS memberi tumpuan utama kepada daftar pemilih baru.
”Dan apabila ada pemilih tidak dikenali mereka perlu dibantah segera bagi mengelakkan orang itu mengambil kesempatan mengundi ketika pilihan raya diadakan,” ujarnya.
Bagaimanapun bantahan tersebut dianggap Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai agenda politik parti tertentu.
Dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini beliau dilaporkan berkata, proses bantahan dianggap mempunyai agenda politik menyebabkan 81,000 pemilih tidak dapat disahkan dalam suku pertama tahun ini.
Malah dakwanya ada pihak kurang bertanggungjawab dan mempunyai agenda politik mahu menghalang pendaftaran baru di satu-satu kawasan.
Kenyataan tersebut dibidas pelbagai pihak sehingga ramai mendesak Wan Ahmad meletak jawatan. -harakah / Tuk Kiyai
Arkib Berita
-
▼
2011
(3873)
-
▼
07/17 - 07/24
(148)
- Menunggu perubahan yang tak kunjung tiba - AMANAH ...
- Video polis sesuai zaman TV hitam putih
- VIDEO GOL MALAYSIA VS SINGAPURA 23 JULAI 2011
- Jelas Polis telah melanggar Mat Sabu,
- Keganasan Polis, Tubuh Badan Khas Siasat - Dr Asri
- Oiii Biometrik bukan tuntutan Bersih!!!
- Najib Masuk perangkap, antara pemimpin diktator dunia
- Kenapa tidak didakwa dan dipenjarakan..
- Nasib Polis Di Bawah Pemerintahn BN
- "once a liar always a liar"
- Robert Kuok beli kapal bersalut emas RM13 bilion
- Polis Malaysia Ada Iras-Iras Mahathir Mohamad
- Scorpene: Misi dedah kebenaran tetap diteruskan
- Kalau Telus, kenapa takut, macam lu jumpa Ehud Bar...
- PM BRITAIN PUN NAJIB TIPU
- Bongkar!!! Video Terbaik
- PM yang berjiwa rakyat...sooooo sweeeettt....Alaha...
- Koleksi Video Bersih
- Polis tayang 'detik terpilih', Cuba MENIPU..
- Salih Yaacob dapat anugerah dari Kerajaan Kelantan
- Bantulah Adik Adrianna Juliana
- Peguam Perancis Di Usir Pulang
- Mari BELAJAR, Jangan Jadi BODOH!
- Bekas Menteri minta Najib kembali ke pangkal jalan
- Nah ni dia VIDEO dr POLIS, tengok dan buka lah aka...
- Kematian Sarbaini ada unsur jenayah : Sarbaini tel...
- Peguam dari Perancis ini ditahan di KLIA
- mengapa video polis baru ditayang???
- Kita Jumpa di Mahkamah - Mat Sabu
- Sape yg buat CPR sampai patah TULANG RUSUK???
- Wira Jadi-Jadian - Dr Maza
- Judi : Mengapa UMNO dan PERKASA tidak bersuara????
- Dalam Islam ada tradisi demonstrasi
- Hanya UMNO rasa "TERGUGAT"!!!
- Tindakan Polis tidak wajar - Ku Li
- Malu bro!! Pelancong asing jadi "Pakturot"!!!!!
- Face Book Anda hilang sesetengah fungsi?
- Polis memang suka berbohong. Nak Bodohkan Rakyat
- Bukti Polis melepaskan "tembakan" secara tepat ke ...
- Video Gol Kontroversi Didier Drogba : MALAYSIA vs ...
- Adegan ini bukan di Palestin..
- PDRM beri bukti video tapis tuduhan, mat sabu cede...
- Jika Demikian, Tidakkah Juga Tindakan Pegawai SPRM...
- UMNO itu lebih tinggi dari agama, Semuanya bersala...
- Sahor Hamid Dan Polis Dua Kali Lima Saja
- 1,800 pengundi 'hantu' dilongok di Bukit Panau. Ap...
- Khairy gesa 6 pemimpin PSM tahanan Ordinan Darurat...
- Polis tayang video tunjukkan “imej positif’ PDRM
- foto di Malaysian Insider Tipu ke???
- Nazri dan Polis tiada bukti
- Ngeri : cucu diseret van
- semua urusan berkaitan dengan judi tertakluk kepad...
- Peserta BERSIH mahu saman NST, BH
- Waran tangkap untuk Anwar???
- Tukang Kasut IKON Bersih.. Kami salute U bro !!!
- "Kesimpulannya Anwar jahat, Najib baik..."
- "Liow, Mana Janji Lu Mau Siasat?"
- Ada Cubaan Untuk Membunuh Anwar
- Panas!!! ‘Siapa ada pisau?’
- BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG
- TOLONG JANGAN PERSIAKAN `ANUGERAH IBRAHIM ALI"
- [Video] Ulama muda umno : Taat pada pemerintah zal...
- PANAS] pembunuhan Altantuya bakal di DEDAH!!!
- Enakmen Hiburan: IKIM senada dengan Kedah, Umno ba...
- Hot : Betuii ke ni Video keganasan bersih dari pdr...
- Hadi Selar Pihak Kritik PAS Sokong Ambiga Sebagai ...
- Mengapa penganut Kristian bimbang pertemuan Najib-...
- Masih belum siap di EDIT ke bro???
- Amizudin: Saya tetap lawan, tak terkejut arah baya...
- Semua Agama Larang Maksiat
- Tengok betul2 kat tangan POLIS ni!!!!
- UMNO-BN mahu ikut kata DAP?
- Kerajaan BN memperdaya rakyat melalui projek Infra...
- BERS✔H Akhinya Berjaya Serah Dokumen 8 Perkara Kep...
- Laman web UiTM padam iklan anugerah Ibrahim Ali
- Jangan TEMBERANG "NKRA", Bayar dulu Hutang!!!
- BARU KU TAHU MENGAPA AMBIGA DAN DAP PATUT KITA MUS...
- anugerah Ibrahim Ali, Apa kata UMNO???
- Bukti tindakan polis/BN sama dengan kekejaman YAHUDI
- Bersih : Kenapa di "HITAM" kan, ni ayat-ayat yang ...
- den kayo!!!!
- "perogol amah sendiri pun gua yakin takkan percaya...
- UnisZA tak nak tawarkan anugerah Mat Said ke?
- Suruhanjaya "PENGKHIANAT" Rakyat
- Papa, masih bercawat.. Kejamnya BN melampau Israel???
- Hati2 dgn Penyebaran VIrus di FaceBook
- Sembelih Anak Dan Isteri
- Ikan pelik Dan Seram
- Bongkar penyelewengan daftar undi SPR seterusnya
- 5 Manusia Paling Dibenci Dalam Sejarah
- UMNO telah gagal Bhg. 2 - Blogger UMNO
- Inikah filem BERSIH arahan Muhyiddin????
- Panas!! mazidul akmal sidek kutuk AMENO WORLD
- SEKITAR PENGKEBUMIAN MUJAHADAH - ALMARHUMAH YB DR ...
- tahab gila melebihi gila babi
- Bongkar !! Gambar X-ray buktikan pembohongan Mat S...
- andai najib ialah pemimpin pakatan rakyat
- Umno patut malu dengan PAS
- Janganlah ustaz tambahkan sakit saya ... Kata Dr L...
- SPR Perlu Dengar Suara Rakyat - Timb Menteri
Artikel Popular Minggu ini (Top 10)
No comments:
Post a Comment