Saya ada mengatakan bahawa semua agama melarang penganutnya melakukan maksiat. Tampaknya sudah ada artikel yang menyokong kenyataan itu.
[SH] SHAH ALAM – Setiap agama di dunia melarang penganutnya melakukan maksiat dan perlu mengamalkan nilai moral yang baik bukan hanya pada bulan Ramadan sebaliknya dilakukan sepanjang masa.
Presiden Malaysia Hindu Sangam (MHS) RS Mohan Shan berkata, seperti agama lain, Agama Hindu juga tidak membenarkan penganutnya melakukan maksiat sama sekali kerana kegiatan terkutuk ini jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang ada dalam ajarannya.
Bagaimanapun menurutnya, di Malaysia tiada badan khas atau pihak berkuasa yang mewakili Agama Hindu untuk mengambil tindakan terhadap penganut Hindu yang melakukan maksiat.
“Oleh itu, MHS bekerjasama dengan polis memantau pusat-pusat hiburan untuk membanteras perkara terkutuk itu, terutamanya dalam kalangan remaja sekiranya mereka melampaui batas.
“Tidak salah kita berhibur untuk menghilangkan tekanan kerja tetapi bagi menghormati masyarakat Islam yang berpuasa pada bulan itu mungkin aktivitinya perlu dikurangkan,” katanya ketika mengulas kenyataan Pas Kedah yang bercadang menutup operasi 13 pusat hiburan di negeri itu sepanjang Ramadan nanti.
Sementara itu, Penasihat Persatuan Belia Buddhist Malaysia Wong Choon Tat berkata, dalam ajaran Buddha terdapat lima larangan yang perlu diikuti oleh penganutnya, kenapa ditutup hanya pada bulan puasa sepatutnya di bulan lain pun harus diambil kira.
“Agama Buddha ada ‘Pancasila’ iaitu melarang membunuh, mencuri, berzina, berbohong dan minum arak. Sekiranya mereka melanggar peraturan itu, mereka akan mendapat balasannya nanti terpulang kepada mereka sama ada melakukan atau tidak," katanya.
P/s: Kepada pemimpin MCA, DAP, UMCO, PKR yang membantah penutupan atau pengehadan tempoh operasi pusat hiburan, janganlah kerana mengejar undi anda menyokong kehidupan negatif rakyat. Semua orang tahu pusat hiburan adalah lokasi kepada pelbagai salah laku. Di situlah, bermulanya pergaulan bebas sehingga berahi di ranjang, di situ jugalah remaja dan pengunjung menagih pelbagai dadah sintetik. Walaupun tidak semua, namun perkara itu berleluasa. Sebalik menyokong mereka, lebih baik dan berfaedah anda menasihati mereka agar menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang lebih berfaedah.
No comments:
Post a Comment