NAJIB bukan sahaja menipu di dalam negara, beliau juga menipu di luar negara bahkan rakan sejawatnya pun dia sanggup menipu. Malangnya, beliau ingat pemimpin negara luar setaraf pemikiran dengan beliau.
Merujuk kepada Malaysiakini yang melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau telah menjelaskan kepada rakan sejawatannya di Britain, David Cameron mengenai niat sebenar perhimpunan haram di ibu negara 9 Julai lepas, semasa beliau melakukan lawatan rasmi empat hari ke United Kingdom baru-baru ini.

Begitu hebat Najib, niat seseorang pun dia sudah tahu sebab itu agaknya muncul parang, bom botol dan beberapa senjata lain beberapa hari sebelum Perhimpunan BERSIH 09 Jul lalu. Peliknya, sepanjang perhimpunan tersebut tiada satu pun senjata atau bom yang dirampas atau dijumpai. Jadi, mimpi Najib adalah mimpi ngeri. Mimpi itu juga lah yang beliau ceritakan kepada PM Britain, David Cameron.
Najib pun memulakan temberangnya kepada PM Britain, " Saya beritahu kepada Perdana Menteri United Kingdom "that we have room for dissent) (kami memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati) di Malaysia," katanya. Memberi ruang? Apakah Najib ingat PM Britain seperti katak di bawah tempurung atau seperti tahap beberapa kerat orang-orang Melayu di kampung yang tidak tahu perkembangan di luar? Atau Najib ingat Cameron itu adalah salah seorang pembaca tegar Utusan Malaysia atau TV 3? Sebab itu, tidak pelik jika Najib disambut dengan baju serba kuning oleh Queen Elizebeth.

Najib terus cuba membuli atau membohongi PM Britain dengan katanya, "Saya beritahu beliau kita tawar sebuah stadium tetapi mereka tolak. Mereka mahu Stadium Merdeka kerana tujuannya hanya mahu berarak. Selepas itu lakukan provokasi terhadap polis. Biar polis naik berang. Apabila polis bertindak, mereka ambil gambar masuk laman YouTube dan mereka katakan kekejaman polis,"kata Najib.
Sedangkan, seluruh rakyat Malaysia bahkan dunia tahu Najib telah bercakap di hadapan kakitangan kerajaan di Putrajaya bahawa BERSIH boleh adakan perhimpunan di dalam Stadium dan melalak lah sampai pagi, cuma jangan berhimpun di jalanraya. Adakah Najib sebut mana-mana stadium yang beliau benarkan? Beliau tidak sebut, ini hanya timbul setelah BERSIH sedia menjunjung perintah Agung yang mahukan agar perhimpunan dibuat di dalam stadium. Ketika itu, barulah Najib membuat bermacam-macam syarat dan helah serta putar belitnya.
Sekali lihat, saling tidak tumpah seperti pemimpin Israel atau Yahudi yang membuat berbagai-bagai perjanjian dengan pemimpin Palestine dan akhirnya Israel Yahudi itu juga yang melanggarnya dengan berbagai alasan. Hujah bahawa Perhimpunan BERSIH boleh dibuat di negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat adalah hujah kosong lagi melucukan. Lupakah Najib bahawa Wilayah Persekutuan sekarang dikuasai oleh siapa? Berapa kerusi Bn yang dimenangi di Lembah Kelang itu? Jika Wilayah Persekutuan itu ada MB atau KM, siapa agaknya MB dan KM di situ? Umno/Bn atau Pakatan Rakyat?
Hujah itu juga tidak releven langsung kerana apa kaitan negeri di bawah Pakatan Rakyat dengan Perhimpunan BERSIH? Sudah dijelaskan beberapa kali bahawa BERSIH bukan sebuah parti politik atau berunsur politik yang menyokong mana-mana parti. Sebab itu, Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga berkali-kali menjemput mana-mana parti atau NGO yang menyokong ke arah pembersihan di dalam SPR menyertai BERSIH. Wujudnya sistem pilihanraya yang telus dan adil akan memberi manafaat kepada semua parti, bukan hanya untuk Pakatan Rakyat sahaja.
Jelas, Najib sebenarnya ingin menutup malu beliau yang tercemar teruk di luar negara. Najib kini bukan mewarisi semangat juang ayahandanya yang berani. Najib terus ingin berkuasa dengan memperkudakan segala kuasa yang beliau miliki sekarang. Tapi, percayalah rakyat telah pun bangkit dan sedar betapa Najib tidak lagi layak memimpin negara ini. Rakyat tidak mahu pemimpin yang dayus, penakut dan penipu untuk memimpin negara tercinta ini. pkrnegeripahang.blogspot.com

No comments:
Post a Comment