Thursday, July 21, 2011

PDRM beri bukti video tapis tuduhan, mat sabu cederakan diri sendiri.


TV3 sebentar tadi menyiarkan beberapa klip video yang ditayangkan oleh polis kepada pihak wartawan bagi menangkis hujah2 serong terhadap tindakan polis pada perhimpunan bersih yang berlangsung pada 9 julai lepas. Terdapat sedikit kecelaruan dari segi bilangan peserta bersih yang disebutkan oleh pengacara tv3 tadi.

Dulu dia sebut 6ribu. Tapi tadi dia sebut 10ribu. Laporan bernama ari tue aku baca dia tulis kemungkinan 15ribu. So hujah mana satu betul neh? Petik dari laporan aljazeera boleh? Hampir 100ribu yang hadir. Laporan berita singapore pula menyatakan mencecah 50ribu dan mungkin lebih. Mengambilkira Aljazeera dan tv singapore tiada apa2 kepentingan di atas perhimpunan bersih 2.0 yang lepas, maka aku anggap laporan mereka adalah yang hampir tepat mengambarkan situasi yang sebenar.

Rasa nya semua tahu berlaku kekhilafan dalam penggunaan gambar arwah baharuddin. Boleh lihat sini. Itu isu yang polis tak patut sentuh apatah lagi pas dah minta maaf secara terbuka akibat kesilapan itu. Berkaitan derma pula aku kurang pasti. Betul ke ada orang minta derma dengan menggunakan gambar supardi? Kalau betul, itu sesuatu yang kita akan tentang. 

Bukan kira pro pembangkang ke kerajaan ke tetapi meminta derma kematian atas orang yang belum mati memang tidak patut. Ataupun memanipulasikan gambar individu tertentu bagi tujuan mengutip derma, juga sesuatu yang tidak patut. Tiada kompromi dalam isu neh. Jangan cuba beri statement seolah2 pembangkang menghalalkan perkara neh pula.

Selepas itu tv3 juga ada mainkan video matsabu ketika dia dilanggar. Nombor plat motor tidak kelihatan. Batang hidung mat sabu pun aku tak nampak. Cuma dalam video terbabit aku memang nampak kenderaan polis menghalang penunggang motor terbabit. Boleh nampak bila dorang tiba2 membelok ke tepi bagi memberhentikan motor tue. 

Jangan ingat bila badan kereta tak kena pada badan motor boleh membuktikan pihak polis tidak bersalah. Andai tindakan menghalang jalan sehingga orang terbabas pun boleh dikira sebagai punca juga. Takan bodoh2 mat sabu nak cederakan diri sendiri pula semata2 nak blame pdrm. Buang masa dowh.

Video tian chua berlari ke arah polis [kononnya] dijadikan alasan untuk polis attack peserta bersih di kl sentral. Aduhai.... Aku pun taktau motif tian chua berlari ke arah polis tue apa. Mana kita tahu apa niat dia berdasarkan video tersebut? Pihak polis mengandaikan bahawa tian chua nak serang/provokasi polis. Tetapi mana ada bukti? Mana boleh rakaman macam tue dijadikan bukti. Terlalu lemah. Penghujahan tiada.

Yang aku hairan video orang berlari dari kepulan teargas disalaherti sebagai polis nak serang lori fru. Woitt.. dorang seme tengah lari dari pedihan asap lah weh. Aku tiba di lokasi kejadian. Walaupun agak lambat. Ketika itu semua orang dah hampir habis lari. Aku sorang je mara ke arah bertentangan kelam kabut tengok apahal dorang lari2 neh. Ketika dorang berlari memang melepasi trak tue fru. Mana ada nak aim trak tue. Aduhaiii.. menipu lah plak.

Paparan mengenai kebaikan polis terhadap nurul izzah dan ambiga pun ditunjukkan oleh tv3. Benda simple macam neh pun tak faham. Betul2 buat aku naik angin. Ko dengar pihak polis. Ko baca elok2 benda apa yang aku nak tulis neh ;

1. Polis A buat jahat pada orang A <-- 1 kes kejahatan.

2. Polis B buat baik pada orang B <-- 1 kes kebaikan.

So? Takan video layanan baik polis terhadap nurul izzah dan ambiga [andai betul] boleh menutup perbuatan polis yang mengheret aku pada hari tersebut? Boleh menutup aksi tendang polis terhadap orang tua pada hari tersebut? Boleh memadamkan ingatan kami bila aksi "polis cakap jalan..jalan?"? terhadap seorang makcik?
Tolonglah ada akal kasi cerdik sikit. Perbuatan provokasi ialah perbuatan provokasi. Kalau ada sila bagi bukti terang lagi jelas. Kami tiada masalah mengakui kesalahan diri andai terbukti salah. Perbuatan melayan nurul izzah dan ambiga dengan baik ialah wayang. Mereka orang ada nama. Memanglah korang buat layanan terpilih. Kalau aku orang ada nama dan pangkat pun ko akan fikir sejuta kali nak attack melainkan ko dapat arahan untuk attack maka ko mungkin akan attack terus [Andaian].

Tapi kami rakyat biasa neh mana ada pangkat segala. Sudah tentu tiada fikiran kedua untuk berbuat kasar terhadap kami. Bila dorang nak sepak, dorang tetap sepak waima orang tua sekalipun. Paparan video di tv3 tadi sedikit pun tidak menangkis apa2 bukti rakaman di youtube. Sebaliknya mereka beri rakaman dari sisi yang lain. Boleh jadi semua rakaman adalah betul dan benar berdasarkan situasi dan tempat kejadian. Oleh itu boleh lah kita fikir ada polis kejam pada peserta bersih, dan ada polis yang baik pada peserta bersih. Sekian.

Nota : Ikut pemahaman aku, apa yang polis tunjukkan tadi ialah taktikal polis dalam menangani perhimpunan bersih, bukan video provokasi peserta bersih. Dan kenapa ia kabur? 

Akan dikemaskini kelak.

Ameno : Yang ada kat youtube tetap tak tertangkis.. aduhaii polis owh polis.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/07/pdrm-beri-bukti-video-tapis-tuduhan-mat.html#ixzz1SoMjTDD9


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular