KUALA LUMPUR - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berharap UMNO dan Pas dapat bersatu demi kemajuan dan pembentukan keharmonian dalam negara.
Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof Datuk Dr Kamarudin Kachar berkata, mereka NGO Melayu hendaklah berusaha dalam menyatupadukan dua entiti politik terbesar bangsa Melayu ini.
“Tujuannya bukan atas dasar politik tetapi lebih kepada penyatuan Melayu dalam memperkukuhkan perpaduan sedia ada.
“Perpaduan ini bukan untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk masyarakat lain, jika Melayu bersatu, kaum lain juga akan beruntung di samping negara juga akan mendapat manfaatnya,” katanya ketika siri pertemuan NGO bersama Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan di Pejabat UMNO semalam.
Mengulas mengenai keputusan pemilihan Muktamar Pas, yang disifatkan menyukarkan lagi usaha penyatuan Melayu antara Pas dan UMNO beliau berkata, siapa sahaja pemimpin parti itu bukan menjadi masalah kerana mereka akan berusaha mencari titik penyatuan itu.
Katanya, penyatuan ini bukan menunjukkan Melayu lemah, tetapi perpaduan itu perlu bagi mengorak langkah ke hadapan.
“Kita tidak lemah, sebagai contoh dalam Majlis Perundingan Melayu sendiri sudah ada 168 pertubuhan Melayu yang mempunyai 2.3 juta ahlinya.
“Saya lihat Pas dengan UMNO itu seperti adik beradik. Malaysia cuma ada satu tiada dua kita percaya harapan itu masih ada,” katanya.
Katanya lagi, UMNO dan Pas perlu fikirkan penyatuan itu untuk majukan negara bukan perkara negatif.
Sementara itu, Penasihat Persatuan Veteran Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohamad Said berpandangan, penyatuan ini juga untuk keselamatan negara.
“Kami risau, jika perkara itu tidak dijaga akan menimbulkan masalah kepada negara, kami veteran mahu terus berkhidmat kepada negara.
“Kami bimbang jika perpaduan tergugat maka keselamatan dan kemajuan rakyat juga terganggu dan usaha untuk lebih maju tidak akan tercapai,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Kamarudin ketika ditanya tentang dakwaan terdapat 1,603 pengundi hantu oleh pembangkang di Selangor berkata, tindakan menuduh mereka yang tidak bersalah adalah tidak wajar.
“Hak mereka sepatutnya dihormati kerana golongan itu juga bertanggungjawab mengangkat pembangkang sebagai pemimpin.
“Tindakan itu seolah-olah berniat jahat, apabila semua dipanggil terbukti adalah pengundi sah,” katanya.
Tambah beliau, denda lebih tinggi sepatutnya dikenakan terhadap pembangkang kerana ia tuduhan serius.
Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang kerabat diraja antara 1603 pemilih berdaftar yang didakwa sebagai pengundi hantu di negeri Selangor.
Tuduhan itu nyata tidak berasas apabila semua disiasat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Selangor kelmarin didapati pemastautin di kawasan mengundi masing-masing. - SH

No comments:
Post a Comment