Friday, June 10, 2011

Najib minta PAS jangan ‘ciplak’ model negara kebajikan BN

Najib minta PAS jangan ‘ciplak’ model negara kebajikan BN

PUTRAJAYA, 10 Jun — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa PAS “menciplak” model kejayaan Barisan Nasional (BN) sambil berkata Malaysia sentiasa berperanan sebagai negara berkebajikan.

Najib berkata konsep negara berkebajikan yang diketengahkan oleh PAS minggu lalu bukan sesuatu yang baru dan sentiasa menjadi matlamat pentadbiran semasa.

“Kerajaan sentiasa berjuang ke arah negara berkebajikan.

“Oleh itu, saya merasakan sesuatu janggal dan ganjil, mereka mahu mengadakan negara kebajikan,” kata Najib (gambar) sambil menambah, apa yang diketengahkan oleh PAS sebagai baru sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

“Tidak perlu bagi mereka mengambil model kerajaan semasa,” kata beliau pada Konvensyen Wasatiyah di sini hari ini.

Najib juga menekankan bahawa rakyat Malaysia tidak lagi bersatu seperti dulu kerana sesetengah pihak mahu mempolitikkan agama demi kepentingan mereka.

Katanya, dalam negara pelbagai kaum, debat agama seharusnya diurus dengan cermat sebab perbincangan sedemikian boleh membawa kepada persekitaran benci-membenci di kalangan semua kaum.

Kata Najib, institusi-institusi seperti Felda, Felcra, Bank Islam dan Bank Rakyat menunjukkan bahawa negara mempertahankan konsep kebajikan awam.

Muktamar PAS yang berakhir Ahad lalu dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.

Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 Jumaat lalu, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan dasar yang bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan” -TMI



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular