1. Saya pohon maaf kerana tidak mengemaskini blog ini agak lama kerana menumpukan kepada kes di Mahkamah.2. Saya faham banyak yang melontarkan pertanyaan dan juga cemuhan kepada saya apabila membaca dakwaan-dakwaan yang terbentang di Mahkamah sebelum ini. Saya tidak boleh menjawab soalan-soalan tersebut kerana ia merupakan bahan perbicaraan di mahkamah.
3. Saya hanya memohon saudara/saudari bukan sahaja mendengar keterangan saksi pendakwa dan membaca tajuk-tajuk besar akhbar tetapi juga meneliti jawapan-jawapan saksi apabila disoal balas oleh peguam saya.
4. Saya serahkan kepada saudara/saudari untuk membuat penilaian sendiri atas kenyataan saksi, laporan akhbar dan cara saksi menjawab soalan peguam saya.
- Dr Mohamad Khir Toyo
No comments:
Post a Comment