Tuesday, June 7, 2011

Peruntukan Pembangunan Dari Persekutuan Untuk Sabah Di Sekat?



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail(gambar kanan) yang juga Ketua Umno Bahagian Papar mendakwa adalah mengecewakan apabila ada projek-projek pembangunan tertentu yang dibiayai Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, di bawah Datuk Shafie Apdal disekat.
Menurutnya, Sabah yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi di negara ini benar-benar memerlukan bantuan seperti itu daripada Kerajaan Persekutuan.
  • “Niat murni Shafie untuk pergi ke setiap pelusuk negeri ini atas kapasitinya sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah untuk melihat bagaimana hendak menyalurkan bantuan daripada Persekutuan telah menerima reaksi negatif daripada pihak-pihak tertentu,” dakwa Abdul Rahim.
Walau macam mana pun, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman kelmarin menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri menyekat peruntukan pembangunan yang disalurkan Kerajaan Pusat kepada negeri ini.
Katanya, kerajaan negeri di bawa pimpinan beliau tidak pernah menghalang apa juga peruntukan diberikan oleh kerajaan pusat untuk kepentingan pembangunan di negeri ini.
Sumber: Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular